Saturday, 2 February 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Dah lama sgt rasanya sy xupdate blog ini, mcm2 yg ingin diceritakan tp terhenti disitu sj, setiap kali online rs malas sungguh nk create entry. 

Macam2 yang berlaku tahun 2013 ini, seriusly hingga saat ini sy teringin sekali nk fly ke Perth mengenang kembali saat susah senang di sana, bila sudah ditinggalkan memang terasa manisnya setiap pengalaman itu. 

Tahun ini Emir sudah mula bersekolah pra sekolah di SK Taman Koperasi Polis dalam aliran khas. Sukar sy nk menerima kenyataan pertu register anak dlm aliran khas, malah seperti mimpi ngeri dalam hidup sy, walau bagaimanapun sy makin menerima kenyataan, jika di aliran biasa dia mungkin akan byk ketinggalan nk catch up dgn bdk yg tiada masalah pembelajaran, biarlah dia mendapat fokus yg lebih di sini, dgn bilangan pelajar didalam kelas yg kecil hanya 5-6org dgn 2 cikgu. Biar bermula dr khas dan bila cemerlang dlm exam akan di naikkan ke alairan biasa seterusnya beat bdk2 normal yg lain,yess itu target sy.

Rutin sy menjadi makin padat, penat malah hingga saat ini masih samar2. Tapi sy yakin jalannya sentiasa ada.Tiap pagi selepas drop Maira di sekolah yg hanya berdekatan rumah then sy terus menuju ke Bt. Caves, mujur jln nya tidaklah terlalu jam krn kelasnya masuk pkl 8.00 pg. 4 jam in between itulah masa sy utk menguruskan apa2 urusan lain. Ambil semula dr sekolah pada tghari jam 12 dan kakak 12.30 mmg just nice sj slps ambil Emir terus amik Maira. 

Zahirah pula terpaksa berkorban tinggal di kg, ralat sbb xdpt menunaikan tanggungjwb menjaganya, tp apakan daya kudrat sy xmampu nk menguruskan mereka bertiga seorg. Selain ke sekolah ulang alik ke hospital jgk aktiviti yg amat memenatkan dan tidak sesuai utk Zahirah yg masih kecil. InsyaAllah masanya akan tiba kita bersatu dlm satu bumbung. 

Emir kepenatan br balik sek,hehee yer2 je. 

Harapan mama, things will get better in time, InsyaAllah. Doa dan restu mama sentiasa bersama kamu.

Klo 1st day kat sekolah kamu xnk turun dr bumbung playhouse tu, beberapa hari kemudian cikgu ckp dia dh xnaik atas tu, tp masih berlegar2 sekitar dlm kelas.

Dan hari ini cikgu ckp Emir dh mahu duduk kat meja, wpn bukan sepanjang masa.

2 comments:

deqlynnz said...

smga emir mnjadi anak yg cemerlang, soleh dunia akhirat...amin...

Yong Kamariah said...

emirrr... dah sekolah ye dia? kejap je, darjah satu or pra? kt Kelana Jaya ada pra aliran khas, semoga dia terus progress, jgn tinggalkan treatment di hospital. Ammar akak tak taulah...behavioral disorder masih susah nak correct.