Friday, 20 September 2013

Excuse me madam, your son run away!

        Sedar tak sedar dah hampir 6 bln lebih sy xupdate blog nh. Mood berblog xdtg lantaran byk sgt perkara sekeliling yg dtg dan pergi dan dilema anak. Mmg sy xdpt nafikan sbg parent dgn anak special need isu anak adalah isu bsr. Isu mendapatkan sekolah sesuai yang mampu bg sokongan sepenuhnya dalam pendidikan anak2 ini dan isu jagaan anak2 ini.

      Pada saya sukar utk mencari tempat sesuai yg boleh menjaga Emir, mcm2 isu mungkin timbul krn hanya mereka yg terlatih atau talian rapat sj akan faham tentang autism ini, kelainan dan keunikan anak2 ini. Bagi anak2 autism selalu mengalami masalah sensory issue. Sebagai contoh, keadaan tempat yg crowded buat mereka rasa sesak, keadaan tempat yg bising buat mereka bingit dan stress. Baju dengan tekstur tertentu boleh buat mereka tak selesa. Kadang2 tag label dibelakang baju juga boleh buat mereka rimas.Ada juga channel tv dgn gambar yg blink2 dan muzik yg suspen boleh buat mereka tidak keruan. Selain isu speech delay anak2 ini juga xpandai berkawan, menjadikan mereka selalu menjadi mangsa buli. Jika tidak dilayan mereka akan bersendirian dan dlm dunia mereka sendiri, blank.

    Perhatian yang penuh mmg kritikal untuk anak2 ini. Kekangan masa antara menguruskan Emir (perlu di hantar dan dijemput door to door) ke sekolah menjadikan sy agak penat. Tambahan pulak semester ini adalah semester kedua sy di upm. Dalam mengejar cita2 yg belum selesai demi masa depan dan kerjaya yg lebih fleksibel. Peruntukan buget keluarga juga byk utk anak ini, semoga rezeki utk anak ini sentiasa ada bg menapung persekolahannya yg rata2 mahal mencecah 4-5 angka sebulan. Sungguh saya mengharap keajaiban tuhan utk terus memberi kemampuan kpd kami dlm memberikan pendidikan terbaik utknya.

    Petang td selepas mengambil Emir dari sekolah sy singgah di pejabat pos untuk renew lesen yg kebetulan tamat tempoh hari ini. Emir agak takut ketika itu kerana xkeruan dengan skrin tv di pejabat pos yg mempamerkan tulisan dan gambar blink2 di skrin. Sy nampak dia resah suspen. Ada sekali dia lari meninggalkan sy ke spa urut kaki yg ada katil beberapa deret bersebelahan pejabat pos. Emir mmg obses dgn katil suka baring2 dan lompat2 yg boleh keep dia calm. Sy perasan lalu mengejarnya, bwk dia semua ke pejabat pos krn nombor giliran sy hampir tiba. Mata sentiasa mengawasinya dan semasa turn sy tiba lalu bertanyakan sesuatu kepada staf pejabat pos, ada seseorg menyapa sy di belakang sambil menepuk perlahan bahu 'Excuse me madam, your son run away!' Ya Allah anakku Emir, ke mna pulak kamu lari nh. Sy cpt2 keluarkan duit amaun terhampir yg perlu dibyr dan berpesan kpd staf tersebut sy akan dtg semua sekejap lg. Mujurlah ada seorg lelaki yg prihatin untuk membantu sy mengejar mendapatkannya dan seorg lagi memerhatikan ke mna dia pergi lalu memberitahu sy untuk mengambilnya. Sejak Emir kecik lg dia mmg good runner ini menjadikan sy juga good runner yg selalu perlu mengejarnya. Even semasa mengandungkan Zahirah pun sy selalu berlari untuk mengejarnya dan kini mengandung adik zahirah juga menjadikan sy masih pengejar setianya:)

                          Baru balik sekolah tengah menghabiskan saki baki bekal dalam kereta
                                                                  Danga Bay,Johor
                                     Bersama rakan2 seperjuangan trip ke utm skudai

                                       Jamuan hari raya bersama kawan2 dan supervisor
                                                                    Labmate

Saturday, 2 February 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Dah lama sgt rasanya sy xupdate blog ini, mcm2 yg ingin diceritakan tp terhenti disitu sj, setiap kali online rs malas sungguh nk create entry. 

Macam2 yang berlaku tahun 2013 ini, seriusly hingga saat ini sy teringin sekali nk fly ke Perth mengenang kembali saat susah senang di sana, bila sudah ditinggalkan memang terasa manisnya setiap pengalaman itu. 

Tahun ini Emir sudah mula bersekolah pra sekolah di SK Taman Koperasi Polis dalam aliran khas. Sukar sy nk menerima kenyataan pertu register anak dlm aliran khas, malah seperti mimpi ngeri dalam hidup sy, walau bagaimanapun sy makin menerima kenyataan, jika di aliran biasa dia mungkin akan byk ketinggalan nk catch up dgn bdk yg tiada masalah pembelajaran, biarlah dia mendapat fokus yg lebih di sini, dgn bilangan pelajar didalam kelas yg kecil hanya 5-6org dgn 2 cikgu. Biar bermula dr khas dan bila cemerlang dlm exam akan di naikkan ke alairan biasa seterusnya beat bdk2 normal yg lain,yess itu target sy.

Rutin sy menjadi makin padat, penat malah hingga saat ini masih samar2. Tapi sy yakin jalannya sentiasa ada.Tiap pagi selepas drop Maira di sekolah yg hanya berdekatan rumah then sy terus menuju ke Bt. Caves, mujur jln nya tidaklah terlalu jam krn kelasnya masuk pkl 8.00 pg. 4 jam in between itulah masa sy utk menguruskan apa2 urusan lain. Ambil semula dr sekolah pada tghari jam 12 dan kakak 12.30 mmg just nice sj slps ambil Emir terus amik Maira. 

Zahirah pula terpaksa berkorban tinggal di kg, ralat sbb xdpt menunaikan tanggungjwb menjaganya, tp apakan daya kudrat sy xmampu nk menguruskan mereka bertiga seorg. Selain ke sekolah ulang alik ke hospital jgk aktiviti yg amat memenatkan dan tidak sesuai utk Zahirah yg masih kecil. InsyaAllah masanya akan tiba kita bersatu dlm satu bumbung. 

Emir kepenatan br balik sek,hehee yer2 je. 

Harapan mama, things will get better in time, InsyaAllah. Doa dan restu mama sentiasa bersama kamu.

Klo 1st day kat sekolah kamu xnk turun dr bumbung playhouse tu, beberapa hari kemudian cikgu ckp dia dh xnaik atas tu, tp masih berlegar2 sekitar dlm kelas.

Dan hari ini cikgu ckp Emir dh mahu duduk kat meja, wpn bukan sepanjang masa.