Friday, 14 September 2012

Eid Mubarak

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin sy pohon kepada semua umat Islam khursus yg mengenali sy, rasanya masih belum terlambat utk sy ucap Selamat Berhari Raya, memandangkan kita masih dibulan Syawal yang mulia ini. Seperti tahun2 terdahulu sememangnya kedua2 kg akan kami kunjungi, Johor dan Kedah. Tahun ini kami berhari Raya di Kedah dahulu, yess.








Banyak yg nk sy tulis di sini, macam2 yg berlaku sejak kebelakangan ini tp mood menulis xdtg.
Sejak balik raya, Emir dh berjaya fully toilet trained. Bab basuh belum sepenuhnya tp xde lg la insiden dlm seluar, Alhamdulillah.

Tp dr segi behaviour sejak sebulan nih sy perasan ada regression. Kalau bwk keluar terutamanya sukar dikawal excitednya tu. Bila excited dtg dia akan jadi aktif, even dlm kelas keupayaannya nk sit still kat tempat duduk dh kurang. Saya tertanya2 kenapa, cikgu2 sekolahnya juga terfikir2 apa puncanya. Andaian kami kerana pertambahan umurnya bila dia semakin besar byk keinginan dan cara gesture requesting 'I WANT' nya juga agak keras dan firm berbanding sebelumnya, husband ckp kalau dia bercakap dah mcm dia menjerit mintak sesuatu. Tak masuk bab berjalan kaki kat luar, baru beberapa langkah dia dah duduk di lantai mintak di dukong, mana mampu lg sy nk dukong berat dah 15kg. Selalunya sy paksa jgk kebanyakan waktunya sy nk cepat maka sy gagah gak angkat,pengsan mak.

Bukan semua org faham, jika sy bukan ditempat sekarang mungkin sy jgk takkan faham. PUBLIC AWARENESS ttg austism masih kurang di mna2.

Semalam sy bwk Emir ke HKL. Tujuannya nk menghantar form,pergi bertiga dgn Maira dan Emir shj. Jenuh berjalan xjumpa tempat 1st time then sampai plak masa rehat, menunggu lama sempat la Emir tinjau sekeliling kawasan. Ternampak la kedai serbaneka, masa sy xsedar dia berlari2 an bermain sempat dia singgah masuk kedai. Bila sy tersedar dia xde tgk2 nampak pak bangla staff kedai tu tgh dok mengejarnya. Emir mmg pantas berlari, sy pun kalah. Rupa2nya Emir bawak lari coklat dari kedai. Lalu sy pulak jenoh dok mengejar pak bangla tu katakan 'sy akan byr'. Sempat la acara larian kami menjadik tontonan umum sebentar. Huhhh... kenapa payahnya sy rasa dugaan ini. Bila la hati sy boleh tersenyum lega.