Sunday, 4 March 2012

Tabiat dan obsession

Berat hati sy nk bercerita ttg ini, tambah2 ia agak mengaibkan kami dan meyedihkan sy, tp setelah ditimbang- timbang sy rs sy perlu kuarkan satu entry ttg ini sebagai tatapan anak tersayang bila dia besar nnti, bila dia sudah faham dunia sekitarnya, suka duka yg mamanya lalui ketika membesarkannya dlu. Juga sebagai tatapan ibu senasib lain. Kebanyakan kami masih berselindung dlm menceritakan perihal anak, krn takut anak aku kah seorang yg bertabiat begini. Seriusly sy juga berfikir begitu, sy xberani bertanya kerana ia sesuatu yg xenak diperkatakan, ttpi melalui pembacaan sy (cukup sbg silent reader) dlm forum luar, masyarakat Oz mereka lebih terbuka dlm menyuarakan perihal ini. Dari situlah sy tahu majoriti parent anak autistic juga mengalami situasi yg sama.

Cikgu di sekolah Emir juga penah menyuarakan benda yg sama. Sy pernah bertanya pada OT nya, knp ada masanya dia suka main 'bird'nya. Kata Wan, mmg ada satu fasa dlm perkembangan budak2 ini di mana ia mula merasakan kehadiran anggota tubuhnya, mcm pegang tgn, kaki, mulut, gerak-gerakkan mulut, bila dia notice kehadirannya. Mcm masa baby, umur beberapa bulan dia dah notice tgnnya so kadang-kadang kita lihat baby melihat tgnnya,sambil menggerak-gerakkannya. Cuma fasa utk mereka autistic ini agak lewat. Bila sy nampak memang sy melarang, dgn menampar tangannya pegang yg lain xpe tp bukan itu. Dan tabiat ini mmg harus ditegah, supaya tidak melarat hingga ke besar. Dan selalunya kebanyakan tabiat autism nih boleh hilang dan boleh juga datang kembali. Dlu masa ini 1st berlaku sy masih di Perth. Sy perlu pakaikan Emir dengan jumper, then t-shirt dan seluar panjang lain diluar, serta bertali pinggang kadang2. Nasib baik masa tu mmg winter. Tujuannya spy dia  xdpt memasukkan tgnnya di dlm seluar. Masa tu tabiatnya suka bermain dgn beraknya. Berhasil lepas tu dia stop xbuat lg walaupun mengambil masa sebulan lebih juga untuk menghentikannya, then setelah bertahun skrg dtg lg.

Bermula bila sy mula toilet training dia sejak raya cina yg lepas. Dgn xmemakai pamper hanya berspender dan seluar tu yg memberi peluang dia nk buat balik. Seminggu toilet training mmg disaster. Hampir lebih sepuluh kali sy perlu bersihkan kencing dan berak merata-rata. Masa tu sy timing setiap setengah jam ke toilet seminggu tu. Bila dia xkencing atau berak 15 minit berikutnya sy bawak lg ke toilet. Tp timing still xbetul dlm toilet dia xkencing bila keluar dah pakai seluar br kencing dlm seluar. Mmg rasa give up, habis tab sy pun kena kencing,then sy fikir sy dh xbyk masa. OT nya di hospital Ampang dh push sy suh toilet training kat dia sbb thn depan umur 6 thn kalo dah xpakai pampers ble masuk pra sekolah. So sy gagah juga minggu kedua dh senang sikit dia dh tahu rasa nk kencing terus ke toilet sambil berlari sambil bukak seluar walaupun kadang2 ada insiden xsempat sampai dah berambur di luar. Sekarang Alhamdulillah dia dah xpakai pampers, di dlm umah, tdo mlm, ke sekolah, ke kedai mahupun ke hospital. Cuma dia masih xnak berak atas potty mahupun mangkuk tandas tu, selesa berak atas lantai toilet je, xpelah yg tu sy ejas slow2 as long di nak kencing berak dlm toilet sy dah bersyukur. Basuh kencing dan berak tu pun perlu diperkemaskan lg.

Obsession anak2 autistic nih kadang2 sy rs sweet dan kadang2 kelakar, pelik pun ada. Macam dlm buku Jenny McCarthy, pelakon wanita seksi citer Two and half man (sy selalu tgk citer nih masa kat Perth dlu), anaknya autism jugak, obses dgn eksklator. So tiap kali dia bwh anaknya sekolah, masuk pintu sebuah bangunan tu ada dua eksklator so sebelum ke kelas on the way tu anaknya mesti akan naik turun ekslator tu beberapa kali sebelum dapat meneruskan perjalanan ke kelasnya. Kalau xbuat nih, mcm rs xkena, budak autistic je rs nih, sy pun kadang2 rs tempiasnya jgk.So sy faham selagi benda tu xmemudaratkan xsalah mengikut aje apa yg diaorg nak, tp kalau obsession yg xbagus tu utk jangka pjg elok dihentikan, mmula mmg sedikit tantrum tp pastu ok la. Emir pun obses dgn ekslator bila ke jaya jusco, dia akan naik turun benda nih jgk.

Mmula dulu Emir bila sy bwk ke mana2 then masa dh sampai tu dia obses tgk meter kete (3 bulatan yg menunjukkan halaju, minyak, rpm) tu turun dan lampu terpadam bila sy matikan enjin. Dia akan tertunggu2 sebelah sy nk tgk sy matikan enjin. Now dia dh xbuat lg.

Ada juga family Oz yg citer anaknya obses dgn katalog Target/Kmart( katalog pasaraya kat Perth-mcm katalog Carrefour la kalau kat sni). So pd hari tertentu dlm minggu tu budak tu dah tahu katalog tu patut dah masuk peti suratnya, kalau xde atau xcukup dia akan mengamuk la, sbb dia obses dgn katalog tu tgk2 gambar dlm tu. So terpaksa la si ibunya nih pegi mintak dr jiran lain yg ada.

Ada juga yg obses menyimpan tag harga barang kat supermarket. Mcm setiap item ada dilabel harga nya bape. Kalau ada yg terjatuh kat lantai dia amk la simpan. Kalau xjatuh dia akan jentik tag tu then kalau jatuh dia amk kalau xjatuh dia biarkan. Kelakar pun ada pelik pun ada, kuasa Allah kita xtahu bagaimana mereka berfikir. Perumpamaan nya kalau brain kita di wiring secara bersiri, anak2 autistic nih wiring nya secara selari. Ending result tu sama cuba laluannya berbeza.
Cherating, Pahang Disember 2011