Thursday, 19 January 2012

Serabut

Dah lama tak tulis entry, ntahla byk dah yg masuk draft tak publish tulis tak abih mood menulis dah ilang. Ari nih  try tulis lg harap2 sempat la nk publish sebelum mood sy tu ilang balik.Sedih sgt hari nih dah lama sy tak bergenang air mata mcm nih, ini bkn masalah rumah tangga (wpn perselisihan tu lumrah mesti ada) tp mengenangkan sang anak. Sian anak aku.Argghhhhhh aku benci autism. Autism mmg byk mengubah hidup kami.

 Kebelakangan nih level speech dia sgt menghantui sy. Saya takut. Sudah setahun speech terapi tp hasil masih tak memberansangkan. Duit pun dah byk habis. Tp sy ttp bersyukur, even hanya seorg yg bekerja di dlm keluarga, family kami masih boleh survive hidup di kl. Mungkin itu rezeki anak nih. Untuk mereka yg mempunyai anak2 normal tentu isu anak lambat bercakap langsung tak membimbangkan, org ckp tak ambik port pun. Dan kalian tak akan faham. Dulu masa bujang sy tak rasa pun utk bercakap sesuatu yg susah sbb sy x rasainya. Skrg ya!Bg anak autism, speech adalah satu isu besar, speech delay mmg akan berlaku (kecuali Aspeger )dan ada 30% autism yg non verbal :( Dan Haziq hingga saat nih masih belum bercakap, something meaningful even one word. Saya berhak utk risau dan patut risau.

Masa cuti sekolah yg lepas sy gunakan kesempatan tu utk mencuba perubatan biomedik. It cost me 1k+.Heavy metal detox yg menggunakan kaedah homopathy. Harapan sy agar dpt boost speechnya tp belum lg nampaknya. Perkembangan lain sumer memberansangkan, jika dlu Haziq sensitif dgn bunyi, xble dengar org menyangi, skrg dah ok, jika dlu dia takut apabila berayun di atas bola dan buaian, takut dgn movement skrg sumer dah ok, tp sayang level speechnya masih tak mengembirakan.Sian anak mama.

 Kadang2 sy terfikir kenapa ujian keibubapaan sy tak semudah org lain, sy seorg yg bercita2 tinggi, tekilan rasa hati bila tgk rakan2 secourse lain berpeluang mencapai cita2 masing2 hidup bekerjaya but not me. Autism mmg byk mengubah hidup sy, rutin sy perlu berulang alik ke hospital setiap minggu lebih dari sekali, hadir menemani sekolah anak, dan masa yg perlu diperuntukan utk mereka (kami tinggal berempat shj dirumah)  menjadikan sy terpisah dgn dunia luar. Keluhan parent senasib lain juga sama, kawan2 mula menjauh. Tp itu sy tak kisah, krn masa ni lah kita ble lihat true color each of our friends.

Yup xnak mengeluh lg harap dpt menghilangkan kekusutan skrg.
               Kambing Akikah Zahirah Raya Korban 2011. Ayer Hitam Johor.

   Lembu korban sy, hb, Haziq, Maira dan bersama 3 bhgn lagi ahli keluarga lain. Raya  Korban 2011
 My Little Oz & Big Oz
  Tak tahulah kenapa Haziq suka tul baring atas tu dan macam tu, risau pulak haku.
 Raya Puasa 2011, Kepala Batas Kedah.