Friday, 29 July 2011

Brushing

Saya dah mula buat brushing ni pada Haziq sejak di mula ikut terapi OT di Gleaneagle. Maknanya since Mac tahun nih hingga sekarang dekat 5 bulan. First time bila Ot nya tunjukkan saya berus nih saya cakap ooo yang dok basuh baju tu ker,huhuu.....Sekali bila pegang ops tak sama la. Berus nih bulunya lembut tak keras macam yg basuh baju tu. Gunanya untuk deep pressure bila kita berus pada badan anak, tak sakit. Tak ada saintific proof ttg nih tapi dalam OT ia dipercayai dapat membantu dalam byk segi dari sudut sensory la. Sbb byk problem bermula dari sensory samada over sensitif atau kurang sensitif. Targetnya kita nak perbaiki sensory nih spy level yg just nice.

Minggu awal start brushing dulu saya kena buat brushing setiap 2 jam,huhuu....selalulah terkandas asyik terlupa ja, lepas tu ble di jarakkan setiap 4 jam tp saya still rasa susah juga nak konsisten. Tapi sekarang saya buat 2 kali sehari pagi lepas mandi dan petang lepas mandi sebelum malam la, yang tu saya ble konsisten. Perubahan Haziq sekarang mmg ketara. Tapi saya tak ble nak cakap semuanya dari brushing sbb terapi2 lain juga byk membantu, sekolah, OT, ST dan casein free nya. Tp saya yakin brushing ada menyumbang untuk ini.  Saya pernah terbaca somewhere tak sure kat mna, kenapa kuda juga buat brushing. Selain untuk mencantikkan bulunya, faktor ini adalah salah satu. Kuda tu jadi lebih jinak dan mudah di kontrol. Memula try brushing, Haziq xnak geli, tapi lama2 dia dah ok. Teknik brushing juga ble di apply bila mereka nih overwheelming., Kata OT nya bila aktiviti duduk di atas bola besar, Haziq akan takut bila bola sedikit bergerak dia nangis then bila OT try buat brushing dapat kurangkan takut dan anxiety dia waktu tu dan stop menangis. Brushing cukup mudah tapi seeloknya sila dapatkan nasihat OT anda dahulu sebelum di apply untuk penjelasan yg lebih jelas. Brushing tak menyakitkan. Hendaklah dilakukan dalam satu arah dan hanya di bahagian belakang badan, kaki (depan dan belakang), tangan (depan dan belakang). Elakkan di bahagian depan badan (area perut, dada dan etc) kerana boleh menyebabkan budak menjadi hyperaktif. Boleh lakukan brushing pada umur 2 thn ke atas. Cara brushing cukup mudah mulakan pada bahagian badan (seeloknya biarkan anak berpakaian diapers sahaja spy kesan yg lebih berkesan) dengan meletakkan berus katakan dari belakang badan di bahu dan leretkan berus (hingga bulu berus mendatar/flat  maka kesan deep pressure ini akan terasa) hingga ke pinggang. Lakukan sebanyak 10 kali setiap bahagian.



                                 Saya nak main jugak
                                 Little oz dah besar la.
           Saya dah tak takut air la-----di pantai Bagan Lalang, dah happening pantai nih skrg.