Friday, 25 February 2011

Perth yg dirindui

Sudah sebulan lebih kami pulang, masih dalam proses mengejas dgn tempat baru dan rutin baru. Huhuuu...sy rindukan Perth. Sungguh best hidup tanpa komitmen relaks sbb bukan sy yg memerah otak dan xperlu mengejar pagi yg jam. Maira dah masuk 3 minggu sekolah begitu juga Haziq. Sy pulak masih dlm proses belajar menguruskan keperluan anak2 termasuk menghantar dan mengambil sekolah suspen pn xabih lg nih tiap kali pegang stering kete,takut, terkial2 bwk kete sblm nih xpenah amik pusing nk bwk sbb xdak kepentingan skrg xde pilihan, dan dlm proses nk reg. sekolah agama ptg utk maira.

Sian Maira byk ketinggalan berbanding rakan2, maklumlah silibus sekolah di Malaysia yg tough dan high expectation, tahun satu majoriti dan ble membaca dan menulis, anakku masih terkedek-kedek lg, sedikit shock tp InsyaAllah she will be fine cuma kena keje kuat sikit la kat umah. Haziq since masih 3 thn setengah masih di kelas baby, dgn early intervention nya cuma 3 kali seminggu  dgn 2 jam setiap seisi. So far so good, dah tak nangis bila di hantar akan berjln sendiri masuk ke dlm bilik terapi tanpa disuruh. ST dan OT nya InsyaAllah sy akan di buat di gleaneagle setakat nih br buat appointment utk assesment. Pejam mata je la tiap kali nk byr bil nnti, nk buat mcm mna inilah pengorbanan the best yg kami ble buat xbyk pilihan yg ada waiting list kat mna2 pn pjg. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Nya. Hati sy lebih tenang, br ble senyum skt klau x mmg serius memanjang, runsing, hati xgirang, since sy dpt diagnosed Haziq satu tahun lepas sy xpenah tenteram, rs guilty selagi xdptkan terapi sepatutnya. Hanya Allah shj yg tahu perasaan seorg ibu  bila xdpt melayan nya sepanjang masa dlm usaha nk mengelakkannya dgn dunianya. Tanggungjawab kpd anak2 yg ln membataskannya, ini juga salah satu isu yg byk dibincangkan kpd mereka yg mempunyai anak autistic isu diantara sibling dan di antara saudara mara di dlm family dlm mendidik mereka yg terdekat utk lebih memahami. Kondisi skrg sy kasihankan Zahirah selain byk beralah dlm berkongsi perhatian dan masa, dia mesti penat apabila dibwk ke hulur ke hilir menghantar dan mengambil kakak dan abgnya. Dua hari pertama rutin baru Zahirah dah demam kepenatan agaknya, tp lps seminggu dua dia dh biasa. Semoga abgnya nnti akan berterima kasih dgnnya. Gambar saat2 terakhir di Perth.







Sy yg sporting