Saturday, 15 October 2011

Terlepas lagi,uhh

Hari nih aku dlm mood tak best. Sungguh frust bila tetiba insting dtg nak mintak cikgu, then bila check balik kpli dan dpli, argghhh aku dah terlepas dateline 5 hari missed. Huwaaaa...takde rezeki ke aku yg bengong sgt lembap. Sungguh geram kalo jd camnih, nk dpt dah la susah tarikh pun susah nk alert. Mmg kalo nk fikir aku xdak idea camna nk urus anak2 dgn Haziq perlu terapi etc tp kalo fikir balik mmg sampai ke sudah tak kemana, dlm masa yg sama anak nh perlu byk kos utk terapi, kalo aku tak bertindak skrg mmg problem akan dtg kemudian. Mmg aku nekad apa2 hal aku hantar blk kg, atleast mama ngan ayah ble tgkkan, biarlah susah sekejap. Bodohnya aku sbb tolak tawaran dlu, biarlah kebodohan dlu jadi pengajaran kat aku. Mintak2 la ada rezeki kedua utk aku, Ya Allah.

Monday, 26 September 2011

Salam AidilFitri

Hehee....mak aihh dah nak abih Syawal baru nak ucap Salam AidilFitri :) Lama tak update byk benda kena setel akhir2 nih. Selepas berhempas pulas siap jgk kedai online brg kesihatan aku. Terima kasih pada Sifu, so harap2 rezeki aku melimpah ruah di sinilah. Buat masa skrg, inilah alternatif terbaik utk aku bekerja sambil urus anak walaupun semasa proses menyiapkan web ini anak2 agak terabai,ya ampun. Lepas nih dah ble relaks sikit. Selamat datang to my new home senang2 silalah lawat http://www.hiasanggun.com.    
*Perhatian: Sale promosi raya kini berakhir, harga baru di web di atas yer.

Saturday, 20 August 2011

?

Kejap je dah 20 hari Ramadhan berlalu. Tahun nih puasa rasa penat sikit. Dah biasa buka puasa awal tup2 thn nih lewat, mmg terasa sgt. Raya? Kenapa sy tak excited nak raya, masa zaman bdk2 dlu je excited tahap gaban ,huahahaa..
    Baru2 nih sy ada contact member lama masa kelas ABA dulu. Saje tanya perkembangan anaknya macmmna. Terkejut bila tahu improvement positif anaknya yg drastik, tak sangka dalam masa beberapa bulan EIP dah byk kelemahan ank autistik yg boleh diperbaiki, Bg hope dkt sy, dan parents autistik diluar sna juga, yg benda nih posible. Kelemahan nih posible untuk diubah walaupun laluannya panjang:( Anaknya sebaya Haziq juga, masuk intervention program dgn kelemahan yg mcm ank autistic lain. Kurang eye contact, tak pandai pointing, tak pandai imitasi, tak pandai main bersama org lain, tak faham arahan, dan yg penting sekali takde speech. Skrg semua tu dh overcome dan dah boleh bercakap byk word. Ble panggil ayah, mama, kakak, etc (nampak mudah kan, sbb zahirah umor sethn pun dh ada word nih, tp inilah apa yg  autistic kids have to struggle with except those with aspergers syndrom)
     Sy tumpang gembira dgn berita tu, sedikit sebyk memberikn sy hope, benda nih possible utk diubah. Itu yg penting. Tp jauh di sudut hati sy frust jgk sbb level tu tak sampai lg pada Haziq. Walaupun byk improvement nya sy dah nampak, tp speechnya masih blom di situ. Arahan pn masih byk yg tak difahami. Sy tahu betapa sukarnya ST, OT dan cikgu sekolahnya nk mengajar anak ini bila level pemahamannya masih blom di situ. Sian anak aku:( I hate autisme. Kalau sy kaya raya mmg sy hantar Haziq ke early intervention yg sama dgn member tu di Bangsar. Tp sy tak mampu, mesti ramai yg terkejut kalau sy ckp yurannya RM10,000 sebulan. Seperti yg kita maklum, early intervention nih sesuatu yg kita kena konsisten, sebulan dua tak menjamin hasil. Perlu konsisten walaupun dah nampak hasil. Member sy mmg nekad buat loan utk byr yuran sek anak. 35 jam seminggu mna nak ble compare result dengan sek Haziq yg 3jam seminggu,huhuu tahu takpe. Haku lar yg perlu rajin buat sendiri di umh. Betapa autisme ini telah mengubah my entire life and family.
       



Sunday, 14 August 2011

Promosi Raya

Salam Ramadhan...Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan blogger, semoga ramadhan kita tahun ini lebih baik pengisian dari sebelumnya. Bonus untuk rakan blogger, promosi sepanjang ramadhan sahaja. Memandangkan saya sudah menjadi agen sah untuk beberapa produk kesihatan, maka saya nak jual harga diskaun bersempena pra pembukaan website barangan kesihatan saya ( akan dimaklumkan sikit masa lagi). Harga nih anda takkan dapat di mana-mana dan hanya sah sepanjang bulan puasa sahaja. Enjoy-----<@

1. Produk penjagaan muka yg tengah top sekarang EUMORA
Sabun nih mmg ble tahan harganya tapi testimoni byk bagi feed back tip top. Di dalam gambar dia atas adalah 3x25g.
Harga untuk 1x25g
Harga biasa:RM95 each
Harga Offer: RM75 each atau 2x25g RM140 (Jimat sehingga RM50)

2. Makanan penguat minda EXAMO CKM500

Harga biasa: RM56 (Semenanjung Malaysia), RM 61 (Sabah Sarawak)
Harga Offer: RM46 Semua (Jimat sehingga RM15)

3.Examo Econopack
Pek economi mengandungi examo CKM500 dan examo CKM500 plus. Pemakanan homopathy untuk mencerdaskan minda.
Harga biasa: RM80 (Semenanjung Malaysia), RM88 (Sabah Sarawak)
Harga Offer :RM70 Semua (Jimat sehingga RM18)

4. Glutacol Collagen

Minuman collagen glutacol yg sedang hangat di pasaran untuk mendapatkan kulit yg lebih anjal dan gebu.
Harga biasa: RM70
Harga offer: RM62 (Jimat RM 8)

5.  Cocoa Collagen Powder Plus
Lagi satu minuman kesihatan yg banyak mendapat feed back bagus di board forum. Rasa yg enak dan harga mampu mantain, untuk mengembalikan keremajaan wanita yang yg mula mengalami penenuaan bermula umur 25thn.
Harga biasa: RM59.90
Harga offer: RM 49.90 (Jimat RM10)
p/s: Sila tambah RM6 untuk pos laju di dalam Semenanjung Malaysia dan RM10 untuk pos laju di Sabah dan Sarawak, TQ. Sila email chesoraya007@yahoo.com untuk sebarang order.
p/s: Cash on delivery untuk pembelian RM100 ke atas sekitar Wangsa Maju, Setapak dan Ampang.

Jika anda pengguna produk ini rebutlah peluang harga runtuh ini, regular customer akan menerima potongan harga istimewa di dalam website baru nanti, Selamat berpuasa.






Friday, 29 July 2011

Brushing

Saya dah mula buat brushing ni pada Haziq sejak di mula ikut terapi OT di Gleaneagle. Maknanya since Mac tahun nih hingga sekarang dekat 5 bulan. First time bila Ot nya tunjukkan saya berus nih saya cakap ooo yang dok basuh baju tu ker,huhuu.....Sekali bila pegang ops tak sama la. Berus nih bulunya lembut tak keras macam yg basuh baju tu. Gunanya untuk deep pressure bila kita berus pada badan anak, tak sakit. Tak ada saintific proof ttg nih tapi dalam OT ia dipercayai dapat membantu dalam byk segi dari sudut sensory la. Sbb byk problem bermula dari sensory samada over sensitif atau kurang sensitif. Targetnya kita nak perbaiki sensory nih spy level yg just nice.

Minggu awal start brushing dulu saya kena buat brushing setiap 2 jam,huhuu....selalulah terkandas asyik terlupa ja, lepas tu ble di jarakkan setiap 4 jam tp saya still rasa susah juga nak konsisten. Tapi sekarang saya buat 2 kali sehari pagi lepas mandi dan petang lepas mandi sebelum malam la, yang tu saya ble konsisten. Perubahan Haziq sekarang mmg ketara. Tapi saya tak ble nak cakap semuanya dari brushing sbb terapi2 lain juga byk membantu, sekolah, OT, ST dan casein free nya. Tp saya yakin brushing ada menyumbang untuk ini.  Saya pernah terbaca somewhere tak sure kat mna, kenapa kuda juga buat brushing. Selain untuk mencantikkan bulunya, faktor ini adalah salah satu. Kuda tu jadi lebih jinak dan mudah di kontrol. Memula try brushing, Haziq xnak geli, tapi lama2 dia dah ok. Teknik brushing juga ble di apply bila mereka nih overwheelming., Kata OT nya bila aktiviti duduk di atas bola besar, Haziq akan takut bila bola sedikit bergerak dia nangis then bila OT try buat brushing dapat kurangkan takut dan anxiety dia waktu tu dan stop menangis. Brushing cukup mudah tapi seeloknya sila dapatkan nasihat OT anda dahulu sebelum di apply untuk penjelasan yg lebih jelas. Brushing tak menyakitkan. Hendaklah dilakukan dalam satu arah dan hanya di bahagian belakang badan, kaki (depan dan belakang), tangan (depan dan belakang). Elakkan di bahagian depan badan (area perut, dada dan etc) kerana boleh menyebabkan budak menjadi hyperaktif. Boleh lakukan brushing pada umur 2 thn ke atas. Cara brushing cukup mudah mulakan pada bahagian badan (seeloknya biarkan anak berpakaian diapers sahaja spy kesan yg lebih berkesan) dengan meletakkan berus katakan dari belakang badan di bahu dan leretkan berus (hingga bulu berus mendatar/flat  maka kesan deep pressure ini akan terasa) hingga ke pinggang. Lakukan sebanyak 10 kali setiap bahagian.



                                 Saya nak main jugak
                                 Little oz dah besar la.
           Saya dah tak takut air la-----di pantai Bagan Lalang, dah happening pantai nih skrg.