Wednesday, 23 June 2010

Home sweet home

Dah masuk 7minggu umur Zahirah skrg. Maknanya dh 7mggu jgkla sy bertapa di umh, ops ada jgk ngelat pg supermarket 2-3 kali siap jln kaki lg tolak stroller angkut sekali ngan baby. Mama ngan ayah pn br je balik Msia jumaat lepas, slps hampir sebulan kat sni. Sy dh xde helper lg, kena pandai2 manage sendiri. Kalau x masa pantang dlu mmg masak ngan jaga Zahirah setel sy serah kat mama sy konsentrate kat Haziq. Nampaknya Haziq dah ble tolerate ngan adik dia nih, tdo mlm kalau adik menyusu pn dia xkisah. Baring sebelah mama dgn adik di tengah. Cium mama dia memanjang, sat2 dtg peluk syg sungguh la gamaknya:)


Ini view dr luar apartment, turun bukit sikit. Masa gambar nih diambik spring so sepanjang jln penuh ngan pokok bunga purple nih. Saya suka umh nih mcm dh sebati. Cuma kat sni xramai family duduk so mlm2 mmg sunyi sampai sy menumbuk lesung batu pn ada yg komplain.

Saje sy biarkan Haziq bermain kat bwh umh berkaki ayam untuk melatik sensory di kakinya tu. Tp time winter nih bg la pakai stokin kang kejam sgt plak,ngee. Dari sumber yg sy bc dgn membiarkan dia memijak di pelbagai permukaan ble membantunya untuk memijak dgn betul maknanya tak jalan jinjat-jinjat lagi. Dh 3minggu sy latih Haziq GFCF(gluten free casein free) tp tak 100%. Stop yg utama je dlu. Maknanya no more protein dari gandum (roti) ,barley (milo) dan oat dan protein dari tenusu (susu, cheese). Mmg susah mcm mustahil pn ada. Mana tak nya sumer benda ada contain gandum. So sy mula dgn kurangkan dia makan roti, ganti dgn biskut beras sakata tp kadang2 bg jgk oreo dan biskut paradise tu, kesian. Milo sy dah ganti dgn serbuk koko Cadbury, dan susu plak sy tukar dgn rice milk yg dijual dlm kotak mmg product Australia so senang nk jumpa kat kedai. Mmula bagi susu tu dia xnak tp lps tu dia minum jgk, Alhamdulillah la. Sy buat nih lps bc experience ibu2 ank autism ln yg kata nampak perubahan, anak dh xaktif sgt, mula fokus dan improved eye contact, so sy decide nk mencuba.