Sunday, 26 December 2010

Pasport

Gambar terbaru Zahirah 8bln. Background belakang tu cam lain je  kan mna taknyer studio kat umah siap ada tangan mama nya sekali dengan necklace kakak maira sumer saya pakai,kahkahh. Sampai konsulat dia nak background biru, mmg sy dh agak tp kalut nk cpt xsempat ayah nk edit background. Asalnya nk buat surat pelepasan je nk kuar Australia tanpa pasport tp cam alang2 plak org kat konsulat ckp diaorg ble buat yg sementara punya balik terus convert jd yg betul. Zahirah skrg makan makin kuat pg, tghari dan mlm mama suap bubur ayam, xpenah xabis.  Masih belum merangkak, posisi dh ada tp time nk gerak tu menyusur balik. Masih fully brestfeeding kalau susu formula tu dia nak termuntah bila minum. InsyaAllah akan dicuba penyusuan ekslusif selama mungkin, mungkin ini ubat mujarab menghalang autism berdoa je la walaupun sy yakin dan pasti sebahagian bsrnya faktor genetik. Semasa Haziq dahulu sy dh cuba sebaik mungkin memberikan antibodi yg terbaik utknya menyusukan badan sehingga 2thn lebih. Mmg dia jarang demam. Sungguh itu bkn penyebabnya. Masa campur dgn formula milk ketika umurnya hampir satu thn, itupn dia xbyk minum sgt sanggup berlapar tunggu mama balik. Ada masanya ketika keje masa rehat ayah bwk Haziq utk disusukan. Zaman itu sumer dh berlalu, memori berharga suka duka Perth. Membuka episod baru kehidupan baru di Malaysia. Haziq prioriti utama skrg terapi sepatutnya patut diberi, cita2 sy yg terpendam sudah jatuh entah ditangga keberapa sy dh xheran biar Allah yg tentukan.

Wednesday, 24 November 2010

Autism spectrum disorder

I'm not blind, but I don't see
I'm not deaf, but I don't hear
I'm not trapped, but I'm not free

Ungkapan paling tepat yg dpt menggambarkan disorder ini, dipetik dr forum penah di bc xpasti dari mana sumbernya. Unik kebesaran Allah. Ini menjawab kenapa bukan semua benda persekitaran Haziq yg dia notice. Hanya mereka2 yg selalu engaged dgnnya shj yg dia perasan kehadirannya di depan mata. Umumnya yg sy pasti mama, ayah, maira, mommy dan abg jun yg selalu melayannya dan dpt engaged eye contact dgnnya even beberapa sec. Zahirah pn xdpt menarik tumpuan mata Haziq, selalu Haziq main lompat2 tepi adik mcm xmenyedari kehadiran si adik tp xpulak dia terpijak adiknya wlpn mata sedikitpn xmemandang. Kesian si adik selalu tgk abgnya sambil senyum2 spt ajak bermain tunggu diacah.

Mereka mendengar setiap bunyi sekitarannya tp xmenyahut atau berpalih apabila di panggil. Haziq xtahu sahutan itu ditujukan untuknya. Dari pemerhatian sy anak ini adalah visual learner. Cara terbaik nk mengajarnya menggunakan gambar krn setiap butir perkataan yg keluar dr mulut kita ditafsirkan dgn gambar oleh mereka. Kalau nk mengajaknya ke mna2 the best way menunjukkan gambar, kalau nk ke playground tunjukkan gambar playground selain ckp playground. Perlu persediaan yg cukup utk PECS.

Spt yg sy penah ceritakan dlu, apabila membawak Haziq keluar ke park, shopping centre etc. akan mengundang stress dan menuntut kesabaran. Sy perlu bersedia mental dan tenaga utk segala kemungkinan. Tangan perlu selalu memimpinnya, mata xlepas memandangnya atau memasangnya di stroller. Pantang terlepas dia akan lari entah ke mna tanpa arah tuju. Kalau ke park dia akan mencari tasik suka bermain dgn air atau ke arah jln raya. Pernah semasa kami bertiga ke park, ketika sy leka melayan Zahirah, Haziq yg tengah bermain di playground bersama maira ble berlari ke jln raya. Cemas nampak kereta yg tgh dtg dr arah bertentangan dan Haziq yg sudah di hujung jln, spt org giler sy mencampakkan Zahirah di dlm stroller terus mendapatkan Haziq sambil menjerit 'stop' ' please stop' dlm kepala berfikir aku berhadapan dgn realiti skrg, ini kah kesudahannya. Mujur pekikan sy dpt di dengar pemandu kereta itu, lalu memperlahan kan kereta. Syukur, senyum sj yg dpt dilempar sambil mengucapkan thank you.

Haziq  obses dgn number, suka melihat number dan bermain dgn  puzzle numbernya ini. Bermula dgn memimpin tgn kita utk memasang puzzle hingga mampu menyiapkan nya sendiri. Normal kids (neurotypical) memerlukan melihat sesuatu 100 kali utk memahirkan diri dan autistic kids memerlukan 500 kali  inilah perumpamaan mereka. They have to learn from the long way.


video

Saturday, 30 October 2010

Anak

Zahirah baru baik demam semlm, lega. Cuak sy bila check temperature cecah 39 'c. Lapik kain basah di dahinya dan bg ubat nurofen  sblmnya masih xdpt nk redakan panasnya. Sy jarang cuak tp kalau bab anak nih sy mmg mudah cuak dan sebak, malu2 . Puas cal sna sni tanya member apa nk buat, thanks kwn2  yg bg cadangan tu syarifah etc Mmg mujarab idea korang, tanggalkan bajunya then balut bdnnya dgn tuala basah, selit bawah ketiak  kat situ yg control suhu bdn. Sian tgtk dia nangis, mmgla kalau demam bdn seram sejuk, nak2 kena balut dgn tuala basah tp itulah caranya. Cpt2 suh ayah carikan ubat demam lain nsb baik hari khamis kedai bukak sampai pukul 9mlm. Panadol  lg sesuai sbb julat umurnya lebih kecik 1mth-2yrs. Mmg susah sakit demam kat sni xsama mcm kat negara kita, klinik bersepah. Kat sni nk jumpa Dr kena buat appointment. Charge mahal giler. Ble cuba dtg je tp ikut nasib la kalau dpt diaorg selitkan ble la jumpa. Lg pulak byk klinik bukak opis hour je. Mujur semlm demamnya dah kebah tp masih selsema dan batuk lg.

Haziq pulak  meragam beberapa mlm nih . Sy sgt risau semakin bsr semakin ciri autism tu sy nampak. Byk sy bc pengalaman ibu2 yg mempunyai anak autism ini mereka akan mengalami masalah susah tdo.  Setiap mlm sy bwk dia tdo sekitar jam 9.30mlm, bkn dia je semua sekali kecuali hb. Sy perhatikan kalau selepas jam 10mlm  dia akan mula meragam. Masa tu dia akan menangis.....ketawa...then menagis lg. Pelik kan, tp inilah dunia autism. Mereka ada imaginasi mereka sendiri xtahu apa yg mereka fikirkan, ble menangis dan ketawa selang beberapa second. Sukar utk memberikan reaksi yg sesuai dgn situasi. Mcm kalau situasi tu happy ble buat dia menangis sbb kompius xtahu reaksi yg betul. Kadang2 tgh2 mlm dia akan terjaga then ketawa mcm kelakar sgt,  dan susah nk hentikan. Kadang2 menangis. Dia sendiri xpasti apa yg dia nk. Ble buat stress tp kadang2 kelakar pn ada, satu mlm tu masa dia terjaga dan menangis sy buatkan dia susu. Tp dia xnak  amik dia guide tgn sy suh maintain pegang botol susu tu dpn mata dia lenguh sy dok pegang Bila menangis mcm nih kami cuma mampu dukung dia bg susu then lama2 dia terlelap sendiri. Sy percaya satu2 nya ubat terbaik yg ble membantu mereka selain terapi yg sepatutnya adalah kasih sayang. Kerana kekeliruan dan kecelaruan nih sedikit sebanyak dpt ditenangkan dgn kasih syg peluk cium anak2 nih sebyk mungkin, ble meredakan dan menenang mereka.Walaupun dah mempunyai adik tp Haziq masih manja spt dlu terutama dgn sy. Lagi selesa tdo sebelah mama tanpa adik in between. Dlu2 xkisah tp sekarang dia lg senang tdo peluk sy kat belakang bila adiknya minum susu masa nk tdo.Kadang2 baring  melintang atas kepala sy dgn kepalanya berkongsi bantal dgn mamanya.


Gambar2 masa kat Scarborough beach sabtu lps. Saje nk bwk Haziq dan Maira main pasir.
Dan ini tiket konsert metalica ayah dh lepas tp masih dok simpan nk umpan Maira. Maira selalu buat perangai susah nk mandi pagi pegi sekolah, mengusik adik xnak listen mama ngan ayah tiket nih la kami dok mengusik dia ckp nk hantar dia balik Malaysia dok kg dgn tok dan tokwan sampai mama ngan ayah balik, tiket flight dh ready,heheee.... takut dia.

Wednesday, 20 October 2010

Cukur

Sudah seminggu kami cukur licin rambut Zahirah. Asalnya nk cukur awal lg tp br minggu lps berkesempatan, sy nk buat sendiri xberani so tunggu ayahnya yg buat. Bersih kulit kepala Zahirah xmcm kakak dan abgnya dlu sampai bertukar air baldi. Sekarang rambutnya dh naik dlm 2mm,heheee. Jelas nampak pusar rambut Zahirah ada dua satu kat bhgn dpn kepala.
                                 Sy dh meniarap

Snap sebelum bercukur, mcm dh tahu je nk kena cukur rambut nih.


Tadaa...
Shaolin kung fu mama nh

Monday, 11 October 2010

Spring

Spring ke4 kami disini, sudah berada dipertengahan musim perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Tempat yg biasa dikunjungi ramai musim ini adalah tempat kelahiran zahirah kings park utk melihat bunga2 liar dan araluen utk melihat tulip. Ini di antara gambar kami 4 beranak disna, sbb cameraman xmasuk frame.


Haziq di bwh jagaan mama, so Zahirah kena dok dlm stroller, hanya sorang je ble handle in one time, xterkawal.
Susah benar nk dpt gambar nih masing2 xnak duduk diam terutamanya Haziq, pantang kita leka sikit sepantas kilat dia memboloskan diri lari, ntah nk ke mna ntah.

 Ada org putih nih berkenan tgk Zahirah dtg mintak nk dukong,ble2 no problem.
Zahirah dikelilingi tulip di araluen.
Haziq yg manja dan nakal.
I love tulip, alangkah bgs kalau ble petik sebatang dua bwk balik,kuikuii..
Time nih ktorg salah masuk simpang on the way nk ke araluen, alang2 dh lalu sni tgk view cantik benti amk gambar dlu:)Dlm gambar ats tu, kat belakang ktorg ada kanggaroos liar. Kecik2 masa sy kat tadika, obses betul dgn binatang nih, asyik2 nk color gambar kangaroo je, teringin sgt nk tgk live, kesampaian jgk hajatku itu,best2.

Tuesday, 14 September 2010

Eid mubarak

Salam Aidilfitri buat semua. Mohon ampun dan maaf salah dan silap. Rasa mcm br semalam start puasa hari nih dah raya. In term of lapar dan dahaga rasanya tahun nih sy rasa paling mudah dr sebelumnya Alhamdulillah. Mengutip saki baki pengalaman di negara org, InsyaAllah ini raya terakhir kami di bumi Perth ini. Mudah2 mudahan dipermudahkannya Nya segala urusan.Terima kasih byk2 pd kakak2 ipar yg membantu penyediaan baju raya kami ini dari mencarikan kain, menjahit dan hingga sampai ke tgn.
                                                   All of us

Zahirah sudah 4 bln setengah, yeaa... saya dah besar
Spring sudah menjelang tiba, sejuk masih mcm winter terutama dlm rumah ku ini. Byk bunga2 liar di kaki jln terutama yg kuning nih, kings park xjengok lagi nih harus ku pegi tiap spring.

Wednesday, 18 August 2010

Hepi 3rd birthday

17.08.2010 genap 3thn umur Haziq. Memori 3thn dlu masih segar dlm ingatan, saat indah Haziq dilahirkan pengalaman berharga yg tiada tukaran gantinya. Cpt sungguh masa berlalu semoga sy berjaya memberikan didikan dan kasih sayang yg terbaik utk anak2 ku. Ya Allah kurniakan la aku kesabaran dan ketabahan dlm menjaga amanahmu ini.
August 2007 Maira and Haziq


May 2010 Maira and Zahirah
Gambar raya lama. Sy suka tgk gambar nih:)
video
Ini video aktiviti Haziq mengopek mandarine, sungguh kusyuk.
Sy xpernah berhenti mengharap, menanti dan bersabar, bercakap la nak.

Wednesday, 11 August 2010

Ramadhan karim

Selamat berpuasa kpd semua saudara muslim dan muslimat sekalian. Esk khamis secara rasminya majoriti muslim di Perth nih mula berpuasa. Tp ada yg dh mula berpuasa ari nih, especially org arab syiah di sni. Kalau diaorg tanya sy puasa x ari nih sy ckp puasa jer,hehee walhal esk br nk mula kang ckp xpuasa byk plak keje kena suh buat,kuikuii.. Harap2 sy dpt puasa penuh lg thn nih, wlpn risau juga bdn xtahan sbb menyusukan anak, mudah letih, InsyaAllah ble. Dh lama sy simpan cita2 nk buat kuih raya especially almond london dan tart nenas. Haziq suka mkn almond london. Kalau dia mkn almondnya tu dia tinggal bkn xsuka sbb dia igt yg tu biji tu pasal xmakan,kehkehh. Mcm thn lps wlpn bhn utk almond london dh ready tp x buat2 juga, ntah angin malas mna yg masuk. Thn nih mmg sy xde cita2 langsung nk buat kuih raya:) bagus punya bini.
Gambar lama masa trip ke Melbourne Disember lps. Melbourne city, sungguh sibuk sempat round sehari je sbb masa suntuk.

Di 12 Apostle Melbourne. Salah satu tarikan menarik di Australia.

Sunday, 1 August 2010

3 months old

Bermula dgn nk memasukkan video tp berakhir dgn tukar template. Ini gara2 cara remove xbetul sampai ada byg2 video yg dh diremoved sehingga mengganggu tulisan, so sy tukar template ln je wlpn hati mmg dh berkenan dgn yg lama tu. Nak updated gambar Zahirah 3 bln skrg. Sgt murah dgn senyuman. asal kita acah je senyum la dia. Satu benda yg sy noticed xde masa Haziq ddulu nih. Kalau ada pn mungkin kebetulan kot, xpn dia senyum sorang2 je. Harapnya ini petanda baik utk sy, Amin..
Bkn senang nk dpt pic berempat mcm nih, xdpt berlima dgn cameraman berempat pn jd la.Bunga merah nih ada masa winter je, jd tempat main dan hinggap burung. Kalau lalu dr tepi jln mmg cantik view pokok nih.

Saturday, 24 July 2010

Aktiviti di suatu pagi

Salam..Argghh tensen puas sy cuba nk upload video masuk dlm nih tp xble ble, mungkin aku yg xreti mcmmna caranya. Kelakar tgk gelagat anak bertuah, di waktu pagi yg sejuk beku nih. Tgh sy sedap2 bermalasan nk bgn dia dh bgn dlu, sy bukakan cd bumblebee nya then sy sambung nk tdo dlm bilik. Mmula dgr gak suara dia lama2 senyap sepi, kompius sy. Sy cuba buat xtahu jer, pastu bila hb jenguk tgk kat dpn tu lama sgt menyepi, rupa2 nya dia dh dok atas meja makan tgh mengopek buat mandarine habis mau 8 biji sumer dia kopek.Sape nk makan nih nak, byk sgt.Kulit bertaburan kat bwh meja, mmg habit dia kalau kopek buah mandarine kulit kena buang kat bwh bg bertabur sy letak dlm bekas pn dia amik tabur jgk,ehmmm geram. Buah2 lain pears dan pisang yg dok sebakul dlm bekas tu dh kena lempar ke bwh habis lebam. Hb ckp agaknya kalau biar lama lg mau dgn pisang2 tu pun dia tolong kopekkan. Anyway aktiviti megopek nih mmg bagus utk anak2 nih, melatih jari dia. Lagi bagus kalau biar dia mengopek sticker yg ditampal. Tp maknya lar pulak kalau dh tampal stiker jgn cabut pantang, kwangkwang.... xpe nak esok mama beli sticker byk2. Sekarang nih masih musim sejuk, daun2 pokok dh byk yg berguguran get ready for spring. Walaupun dah tinggal ranting tp pokok nih still ble survive, camna tu eak, kuasa Tuhan.
Tak nak diam walau sesaat susah betul nk snap gambar budak nih kena umpan dgn snack dlu, aduihh hancus diet GFCF sy tuh, dh mkn MSG plak.
, Di antara spesies burung yg byk di sini.

Memula dulu haziq takut sgt kalau naik buaian mengelupur tp skrg dh ok walaupun nampak takut2 kadang2 sampai menangis xnak turun.

Tuesday, 6 July 2010

06.07.10

Humaira 5yrs 9mths, Haziq 2yrs 11mths, & Zahirah 2mths. Hepi, yap hepi anak dh 3 dah membesar, tua yes i am, matang blom cukup matang sbb bila belek2 toys kat kedai klau ada yg berkenan tu bkn anak sy yg berkenan nk main, maknya yg tingin. Apa perasaan sy skrg, letih. Masih dlm penyesuaian menguruskan anak yg 3. Berkejar2 dgn masa dlm mengisinya sebaik mungkin. Haziq pulak dh semakin aktif skrg, sy sungguh penat. Habis dapur, meja sumer dipanjat, mna yg xberkenan di mata dilempar ke bwh. Hari tu iphn dh masuk dlm lubang toilet tunggu nk flash je. Nasib baik xpandai flash lg. Hari nih hp sy plak masuk dlm jag air teh. Hp yg mmg dh nazak berbalut salotape teros xble nk on, burn je la. Sy jarang puk Haziq sbb tahu dia mmg xfaham bila kita marah, tp hari nih puk jugak kat punggong dia tu, sian Haziq xfaham mama marah. Bila dia dh tdo tgk dia sy rs sgt sedih. Sedih sbb tahu dia xfaham sekelilingnya, xtahu tindakannya salah atau betul. Xtahu bila kita marah dia, sesungguhnya sy perlu kesabaran yg lebih dlm mendidik anak2 syurga ini. Masa kuar ke park semalam pn, Haziq xnak main setempat dekat playground. Selalunya dia berminat sungguh dgn pasir, tp semlm tak, lari ke sna sni lebih kepada nk megejar burung yg berakhir dgn berlari ke tepi tebing sungai yg seakan tasik tu dan end up dgn nk terjun dlm tu. Penat mengejar last2 pasangkan dia dkt stroller monyok je.
Haziq refuse xnak bergambar so mama je yg interprim:)


Protes.Tak sudi nk bergambar dgn adik.
@-->---Kakak maira dan adik.