Sunday, 22 June 2008

1 year in Perth

Entry kali nih aku dlm mood sentimental lg, sejak dua menjak nih sentimental ku di tahap maksima suka btl mengimbas zaman dahulu wlpn dah dkt 2thn berlalu,huhuuu...suka dan duka.Pengalaman yg xdpt aku lupakan dan masih jelas di dlm kotak fikiranku. Tiada tukarannya. Dan hasil godekan ku dlm album lama2 yg aku bwk kemari inilah antara gambar2 yg ada di dlm simpanan ku. Sebenarnya masuk tgh bulan May yg lepas dh kira setahun aku kat sni,kejap je kan rasa macam br je aku smpi airpot dah setahun rupanya. Sebelum dtg sni dulu kira 2 bln jugalah aku jd pelarian dengan Maira. Dari rumah kakak ipar kat kg br ke rumah kakak sendiri di wangsa maju. Sebelum sempat aku balik kg sebln untuk amik lesen kete. Sebelum nk berangkat kesini kami dah jual sumer transpot yg ada dr 4tayar hingga ke 2tayar, setel.So patah kaki lepas tu. Disebbkan visa ku sangkut 2bln, so lepak la aku dgn Maira di wangsa maju sementara ayah dh jln dulu ke sini. Maira masa nih mmg byk btl karenahnya, pening kepala aku, nangis siang mlm tambah lagi ada anak buah yg sebaya di rumah tu, biasalah budak2 bila berjumpa time main, main masuk time gaduh huhuuu....serabut kepala ku.
Maira dengan Damia anak kak long, sebaya sama bulan sama tahun cuma ari je yg berbeza Maira tua satu minggu, menjadikannya cucu tertua sebelah aku dan cicit tertua juga sebelah tok aku,heheee....chayukk Maira.

Dulu dan kini, masa kecik2 cuba teka mana nya Maira mananya Damia. Sama je muka sorang2 zaman kecik dgn sekarang.
Hazman dengan kakaknya. Kecik2 dulu Hazman nih nak je dengan aku. Ntah la aku balik nnti nak lg ke tidak dgn mak ngahnya. Mesti dh lain mukanya. Dan inilah gambar terakhir sempat aku snap kat Msia. Sblm naik flight ke sini 13 may 2007, Huhuuu...tgk la sedihkan bape kerat jer yg meghantar kami dua beranak. Mama tak dpt turun sbb ada kursus kat kg tinggal lah ayah sorang yg dtg dr kedah menghantar. Sian aku sedehhh sgt...dendam nih xnk blk. Sbnrnya dh byk kali aku tukar tarikh tiket nih, sblm nih mama,ayah,lokman dan tok ada dtg dr kg untuk menghantar kami tp disebabkn tiket yg terpaksa ditukar tarikh so diaorg pn balik dlu la.Tembam nya aku ms nih pregnant kat adik Haziq 6bln.Time aku sampai dulu winter mcm skrg la sejuk...heheee tu yg redi siap2 jaket bulu kambing.



Adik Hazman dengan Maira di rumah sewa kak long kat cheras. Manja dia kn.

Tuesday, 3 June 2008

Satu ketika dahulu....

Dua thn dahulu sekitar 2006, masa tu cuma tinggal kami 2 beranak saja aku dan Maira tinggal berdua di sepang. Masa tu ayah bekerja di upm srwk. Aku pula meneruskan pengajian di ukm bangi. Zaman kesusahan yg mencabar kesabaran ku. Kalau xdikuatkan semangat mmg xdpt aku nk tempuhi. Seringkali aku seperti give up dgn rutin harian begini. Namun berbekalkan semangat yg kuat utk mendptkan master itu aku kuatkan juga. Xdpt nk dibayangkan aku yg tiada lesen kereta cuma mengharapkan lesen motorsikal sahaja tinggal berdua dgn Maira yg masih kecik masa tu.Umur Maira ketika tu cuma satu thn 3bln shj. Mujurlah perumahan tempat kami tinggal lengkap dgn deretan kedai, nuseri kanak2,klinik, pasar mlm,pasar ramadhan dan dsb. Taman Dahlia namanya. Baru aku tahu ada member blog Ct pn penah dok area situ jgk.Ada juga beberapa kali aku terpaksa membawa Maira dlm keadaan demam menaiki motosikal ke klinik. Setiap pagi seawal jam 8 pg, aku akan membawa Maira di dlm bakul motosikalku ke nuseri di tmn Seroja dan kemudian terus ke kampus yg mengambil masa lebih kurang 40min dr umhku. Kesabaran ku ditahap maksima bila terpaksa menempuhi jln yg bengkang bengkok utk tiba ke kampus. Mahu pening kepalaku setiap kali ingin mengampaikan diri ke kampus. Pulangnya petang hari sebelum jam 6ptg teros mengambil Maira. Kadang2 bila tiba musim hujan terpaksa juga ku tempuh. Basah kuyup la jawabnya.Pulang ke rumah sudah la penat , selain melayan karenah anak terpaksa pula bergelut dgn buku dan exam. Lama sudah xmembuka buku hingga kepala ku pn dah berkarat nk mentelaah balik pelajaran. Semuanya ku lakukan utk mendapat tiket bg masa dpn yg cerah. Kini Alhamdulillah perjuangan ku 2thn yg dlu telah selesai segulung ijazah telah ku tawan cuba kusabar menanti 2thn lg utk pulang bertaruh nasib, moga murah rezekiku. Konvo ukm dibuat bln ogos thn nih aku xdpt dtg. Gambar kat atas masa grad degree dlu kat upm.


Maira masa kami pegi sek tok Sek Men Senawang, Langkawi. Masa nih aku balik Langkawi nk amik lesen kereta. Lesen kereta aku dah dpt dua hari sebelum tiba di bumi perth nih. Sampai sni xpraktik takut la pulak, nak keta automatik,heheee...

Maira kat airport LCCT hantar tok balik Alor Star. Menyeringai je dia. Lepas hantar tok kami pi tido PD satu mlm. Actually rumah kami kat sepang tu dkt betul ngan PD sejam lebih kurang.

Zoo Negara. Sian Maira xpenah pegi zoo, so aku kerah ayah bwk kami pegi zoo. Kanak2 kan suka tgk binatang.
Dekat PD. Xmandi laut pn coz cepat sgt dh balik. xsporting ayah nih.


Maira dkt umah damia lepas mandi swimming pool. Actually masa nih aku tgh tunggu visa approved. Visa aku sangkut masa nk dtg sni dlu sbb masa tu aku pregnant 4mths for adik Haziq, so aku xbuat xray. Xtahu pulak xray tu wajib, so sangkutla. Tunggu punya tunggu 2bln br approved itupn lepas aku buat juga xray tu. Alhamdulillah xde apa2 pkai shield kan. Masa nih kami lepak umah mak long kat wangsa maju.ohhh... i miss that house. Tempat aku membesar. Sejak aku darjah 5 kami satu family pindah dok situ. Sekarang mama dan ayah dah bailk dok kg tinggalla kak long & her family dkt situ. I really miss that house.