Saturday, 29 March 2008

So far so good

Dua bulan dah berlalu, kejap je dah 2 bulan rupanya aku keje part time. Lain sungguh menyimpangnya, ddlu time study dr upm ke ukm sibuk menghafal formula kimia, tindakbalas kimia, segalanya ttg kimia. Skrg nih sibuk menghafal harga buah & sayur pulak,heheee...Aku xkisah sbnrnya keje apa pn, sbb mmg susah nk menyelitkan diri bekerja di tempat org nih. Yg penting aku dpt poket money tiap minggu. Emm lainnya kat sni, ada keje yg gaji tiap 2minggu & ada jgk yg gaji tiap mggu, mcm yg aku tgh buat nih. Jadi cashier kedai mmg penat skt sbb kena berdiri je sepanjg masa. Lengoh lutut dan kaki, tp dah lama2 jd lali xde menda lg dah. Tambah pulak kedai tu mmg bizi jer memanjang dgn customer so cpt je masa tu berlalu, tgk2 dah nk ble balik. Alhamdulillah aku dah mula melepasi saat2 genting, lega skt rasanya lepas dpt cr kan org utk menjaga anak berdua nih. Mmg pening kepala aku dibuatnya sblm nih, memikirkan bkn selalu ayah dpt temankan Maira & adik kat umah. Nk mendptkan babysitter utk anak berdua nih mmg menjd masalah bsr kami. Kos childcare di sini mmg teramat2 mahal. Pendek kata buat penat bdn je, amk gaji satu ari pn xcukup nk byr.Nak mengupah dgn upah semasa mmg aku xmampu, sbb kosnya setiap kanak2 AUD 55 (RM165) per day. Tambah pulak aku ada 2 org anak, so xberbaloi dgn gaji yg aku dpt. Siap xcukup lg. Kalau cukup pn xde baki utk aku. So fikir dgn bijak baik aku jaga sendiri je kat umah kaki pn xlenguh. Nasib baik ada sahabat yg sudi menawarkan khidmat dgn harga yg affordable, sungguh pn xlama cuma 4jam sehari tp cukupla utk ayah menguruskan urusan di kampus incase aku terpaksa bekerja.

Semasa kami pg Caversham Park. Tgk tu jinak btl kangaroos nih, siap mkn kat tgn lg. Adik takut btl bila aku letakkan dia atas poney tu,hehee.... melalak habis.


Friday, 21 March 2008

Happy belated besday to me

Isnin lepas besday aku, dah 28 thn umor aku,huhuuu... cpt sungguh masa berlalu dah tua rupanya makcik. Sikit tahun lg nk masuk 30, kejap je rasanya. Mcm br semalam aku daftar diri masuk 2nd college upm, tup2 dah kuar rupanya aku. Mcm br semalam jugak aku dok sibok berdating ptg2 tup2 dah anak 2 rupanya aku,heheee.... mmg masa cpt meninggalkan kt cuma kt yg xsedar. Since aku sibuk sikit kebelakangan nih dgn keje part time aku tu, so xdela masa aku nk mentelaah buat cake camna. Emm alamatnya xde cake jgk la besday aku kali nih. Bkn nk sgt pn tp masa dok jauh susah nk dpt cake nih la br rasa nk makan tu dtg,heheee... kira ngengada ker tu. Kami mkn pizza je ari tu, sedap jgk. Byk sgt sekali beli saiz besar sbb ada satu saiz je, xabis pn 2 ari mkn br abs tu pn jenuh. Pening kepala aku skrg dgn perangai si kakak yg sorang nih, ntahla sumer budak mcm tu ker. Xnk dia kongsi main dengan adiknya, sumer mainan nk disimpannya. Rajin btlla dia menyimpan sbb xnk bg adik dia main punya pasal. Pastu selalu nangis cm nk manja gitu. Pkr2 blk sian jgk nk perhatian kot yelaa sjk dh ada adik nih byk masa mama utk adik. Kadang2 mrh & geram jgk aku bila si kakak buat perangai mcm nih, tp aku cubala bersabar selagi ble,hehee....xble kang hinggap la satu cubitan kat kaki si kakak tu. Adik Haziq sejak dah ble merangkak & mula nk belajar berdiri sambil pegang2 nih, selalu pulak terjatuh. Risau aku nk biar adik berdiri, xblaja xpandai pulak nnti. Nk je rsnya aku pakaikan adik helmet, kalau ada utk baby yg br belajar nk berdiri nih. Nasib baik jgkla umh aku nih lantainya berkapet sumer so kurang sikit la sakitnya kalau terjatuh tu.


Thursday, 13 March 2008

Sinar baru buat Malaysia

Alhamdulillah, selamat sudah pilihanraya yg lepas. Satu keputusan yg memeranjatkan semua pihak aku rasa. Mungkin inilah yg dikatakan dalam erti kata sebenar kebebasan mengundi utk semua rakyat. Kebebasan utk membuat pilihan sendiri. Sudah sampai masanya kita keluar dr kepompong, bebas utk bersuara bukan disekat oleh mna2 pihak. Ops bukannya aku membangkang tp mmg aku xpercaya sama sekali dgn spr selama ini. Dalam erti kata lain ttg isu undi pos & pengundi hantu yg dihantar berbas- bas byknya. Lain dipangkah lain pulak yg dihantarnya. Sbb itu sanggup je aku xmengundi dr menyumbang undi free utk mna2 pihak yg xlayak mendapat undi. Semoga tanahairku Malaysia bertambah maju dan aman makmur.