Saturday, 29 December 2007

Natural blusher

Sejak cuaca panas kering nih, cpt je muka naik blusher,heheee.....Yg heran tu kena dekat budak2 je, org dewasa nih xde pulak. Kalau x, cantik jugak la muka pakai blusher nih. Perfect je calittannya, soft color & xde comot2. Patutla aku selalu tgk anak org putih pipi merah je, sbb cuaca panas rupanya salah satu sbbnya. Hari isnin lepas 24Dis2007 aku dah cukurkan rambut adik Haziq,huhuuuu.....selamat tinggal rambutku, xpe adik jgn sedih rambut yg lebat tu akan naik dgn lebih sihat lg, sunat nak. Sebenarnya dah lama aku berniat nk cukur rambut adik tu tp almaklumlah byk pulak jemputan2 jamuan mkn & hari raya haji lagi. So niat tu tertangguh je, sampai la adik dah masuk 4bln br terlaksana. Ddulu Maira pn bercukur masa umur nih juga. Khusyuknya adik tgk si kakak menimba pasir.

Wednesday, 26 December 2007

Panas melampau...

Bahang panas dek summer makin terasa, suhu sampai mencecah 44.5 darjah celsius. Rasa macam duduk dlm oven pn ada. Bukak pintu, bukak tingkap bahang je yg masuk. Heat waves org cakap. Kipas yg ada pn xdpt nk menyejukkan diri coz udara yg berlegar2 nih pn panas membahang. Rasa kering yg amat. Menurut berita tv inilah suhu terpanas melanda WA buat beberapa thn kebelakangan nih. Umah aku pulak xde econ, so sian la sesangat kat anak2 aku termasuk adik Haziq yg br 4bln tu. Selalu xpakai baju je. Ekstremnya suhu nih, br ari tu dok ujan renyai2 nih dah panas la sgt. Satu awan pn xnampak kat langit tu, mau xpanas matahari direct atas kepala. Anyway nih br kat dunia, emm xble la nk bayangkan kat akhirat esok camna, insaf la sekejap aku. Aku teringat satu peristiwa tragis kat sni yg selalu terbayang bayang dlm kepala aku nih kesal btl aku ttg kealpaan manusia, disuatu ptg 1 hari sblm krismas. Akibat kecuaian dan kebodohan ibubapanya nyawa seorg anak yg xberdosa menjadi mangsa. Sedihnya anak tu (toddler lg) terpaksa terseksa sblm ajalnya. Mungkin kita xmenyangka kebodohan ini boleh membawa maut, jgn la sesekali kita meninggalkan anak di dalam kereta walau seminit pn. Kisahnya begini seorang parent (aku xsure ibu or bapa coz news xmention pn) telah meninggalkan anaknya didalam kereta di garage umh. Sebelum tu anak itu telah mengikut parentnya keluar, & on the way balik dia tertdo didlm car seatnya. So dek xnak menganggu tdo si anak, si parent pn telah kuar semula mengambil anaknya yg lg satu menggunakan kereta yg lain, dgn meninggalkan seorg anak yg masih tdo tu di dalam kereta (menjadi undang2 di sni setiap toddler bwh 3thn kena duduk dlm carseat, so aku fhm mungkin kete tu ada 1 carseat je kot). So ble bayangkan x mcmmna budak tu bergelut dgn bahang panas sblm menemui maut. Menurut expert 20 min meninggalkan anak di dalam kereta dgn cuaca yg panas sudah boleh membawa maut. So amik pengajaran, aku selalu igt kan diri agar xmelakukan kebodohan seperti ini & aku xnak ia terjadi kpd org lain juga. Berfikir dlu sebelum bertindak, sesal kemudian xde gunanya.

Wednesday, 19 December 2007

Raya ke nih?

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk seluruh umat islam. Hari nih aku dah raya kat sni. Actually kat Msia esok baru sambut hari raya korban, tp xtahu la nape diaorg raya awal kat sni. Xsefahaman ke apa aku pn xtahu coz esok pn ada juga masjid yg buat semayang raya, ari nih pn ada juga. So raya 2x la nampaknya aku, ngehngehh.. Cadangnya pagi tadi aku nk pegi semayang raya dkt area2 Kings Park tu. Mengikut jadual pukul 8pg start semayang, so dlm pukul 7.30pg tu dah kena kuar rumah, coz tempat tu jauh sikit. Maknanya kena bersiap awal pg termasuklah mandikn ank2 sekali. Tp ntah mcmmna wpn baju2 dah siap iron, kami pulak terbabas tdo sampai pukul 7.40pg br tersedar. Alang2 dah terlambat tu sambung tdo je la lg. Esok je pegi semayang raya. Mengantuk btl rasanya mata nih, sejak ada baby nih tdo mlm aku xberkualiti sgt. Mna xnya sepanjang mlm mesti sekurang2nya 1-2x adik bangun minum susu. Mujur jgk xde nangis malam just bgn utk minum susu & sambung tdo. Tp letih jgk la bila kt dah terjaga nk tdo balik bukannya senang. Sabar je la, ddulu mak kita jaga kita camnih la jgk ntah2 lg teruk. Raya tahun nih, kumpulan pelajar2 postgrad dr Msia yg buat korban adalah dlm 17org. So ada 17 ekor biri2 yg akan dikorbankan raya korban nih. Emm... mkn besar tu,heheee....

Sunday, 16 December 2007

Sale...sale..and sale....

Christmas makin hampir, sale merata-rata. Shopping complex yg selalunya tutup ari ahad pn dah bukak, especially utk sesape yg suka shopping last minute. Aku pn meyibuk jugak saje tgk kot2 ada brg yg murah, tp so far xdelah murah sgt. Setakat 20-30% off tu still mahal lg pd aku. Cuma yg aku perasan berbaloi btl kalau beli time nih adalah perfume ngan sport shoes. Fuyoo...mmg murah btl kalau compare dgn dekat Msia. Ingat lg masa dlu aku penah beli perfume 5th Avenue utk hantaran kawin, 75ml kat KL rm150, dkt sni rm45 dah ble dapat 100ml lg. 90% off tu.Cuma kena pandai survey sikit. Aku pn ada beli Red Door,saja nk try sedap gak baunya xmenyucuk sgt, rm60 100ml tu pn xabih survey xperasan ada satu kedai lg jual rm45 je.Cit rugi2. Hehee....sbnrnya beli tu aku pau duit dapur,ahak2 xpe la pinjam dlu dpt elaun nnti aku ganti balik masuk dlm buku dlu. Org suruh beli brg runcit ln pulak yg dibelinya. Nih kot tau kat husband aku mau membebel nih. Anyway 2-3 ari lepas aku dpt anniversary gift,huahaaa.... ye ker. Sport shoes, konon nk jogging la tu. Husband pn ada sepasang, tp dua2 tu dia yg bayar. Nak wat camna aku xde pulus. Sport shoes pn murah jgk, adidas ble dpt rm180 je, & puma plak rm150. Ni pn sbb sale kalau x mmg xmerasa la, dpt pakai power je, tu pn dah rasa cam best. Sebenarnya aku nyaris2 nk kena beli kasut sukan budak2,heheee....coz kaki aku xde saiz. Ladies shoes byk start ngan 6, kaki aku 5 je so xde saiz. Tp mujur masa aku dok belek2 kotak2 kasut tu aku perasan ada terselit saiz 5 jd dpt la aku kasut dewasa, kalau x pakai kasut kanak2 la jwbnya. Design pn faham2 je la & harga pn lebih skt.

Tuesday, 11 December 2007

Barbeque di Burswood Park

Keesokkannya lepas pre-raya haji di umah kak Ijan, hari ahad tu kami join jamuan barbeque sempena besday 2-3 org anak2 teman di sni. Murah rezeki hujung minggu nih. Jamuan potluck,aku bwk muffin je xtahu nk bwk apa lg. Ramai juga yg datang. Alhamdulillah sumer makanan habis, masing2 lapar nampaknya. Kebetulan hari tu ada boats racing sambil2 menjamu selera ble jugak tgk org lumba bot. Aussies pn ramai dtg berpicnic, barbeque juga. Happening juga tempat nih hujung minggu.

Monday, 10 December 2007

Salam raya AidilAdha dari perantauan

Hari sabtu lepas baru nih kami student2 Msia & kaum keluarga kat sini ada buat pre-raya utk Hari Raya AidilAdha yg bakal menjelang 20 Dis nanti. Jamuan raya bermula jam 5ptg, dekat rumah Kak Ijan. Kak Ijan nih senior dah, kira mcm leader la kat sni. Selalu kalau ada apa2 majlis, umah dia la jadi portnya. Hatta perjumpaan dengan wakil2 penting dari Msia cthnya yg baru lps dlu tu kem. pengajian tinggi etc pn dibuat kat umh dia, sbb kat Perth nih selain xde Msia Hall, konsulatnya xble pkai sgt. Kalau ada apa2 masalah bila dirujuk kpd diaorg senang je jawapan nya kami xcampur hal pelajar nih. Sabar je la. Sebenarnya pre-raya nih dibuat ats permintaan pihak RTM sendiri diaorg nk buat rakaman scene sambutan raya rakyat Msia di perantauan. Kira Perth nih salah satu destinasinya, byk lg negara lain. Rakaman nih akan ditayang pada hari raya aidiladha nnti. Masa ucapan salam raya dibuat oleh anak2 secara beramai-ramai, ayah selitkan Maira dkt depan betul2 depan kakak yg pegang mikrofon tu,heheee....terkebil2 dia xtau org ckp apa ramai2 tu, nampak cam Maira plak yg paling keciknya.

Tuesday, 4 December 2007

Hepi 4th Anniversary


Ari nih genap 4thn usia perkahwinanku, anak pn dah 2, 3thn & 3bulan.No celebration, no cake coz aku xpandai lg nk buat kek & xjumpa lg kedai kek halal, so tahan je la balik mkn kat Msia nnti,emm dah ilang la rasa nk mkn pn. Hadiah xaci btl replacement kpd hs aku yg dulu tu sbg hadiah, tp xpela.Anyway hepi anniversary for me.

Monday, 3 December 2007

Toilet training

Pagi td aku start toilet trained kan Maira for the 2nd time nya. Dlu penah cuba sekali tp xjalan. Sbb kencing xlawas setiap 10min nk terkencing je,so mama xtahan penat asyik nk kena bwk pegi tandas je, kasi pakai pampers. Tp skrg dah besar sgt anak mama nih, dah tiba masa kena blaja buang air sendiri dekat tandas.. So pampers hanya dibenarkan masa mlm & tidor siang je. Hopefully kali nih berjaya la. Alhamdulillah misi ari nih nampak ada suksesful skt, kita tgk esok pulak mcmmna. 2-3 ari lepas ayah ada belikan Maira toilet training seat. So ble la Maira duduk dekat ats mangkuk tandas tu tanpa terpelosok kat dlm lubang nya,hehee....So far nampaknya Maira mcm selesa je xpakai pampers, cuma kena beware selalu la takut dia terlupa terkencing pulak dlm suar tu.