Friday, 17 August 2007

Orang Baru

Awal pagi nih dalam jam 1 pagi perot aku dah start sakit balik.Huhhh…lega nasib baik aku dah dkt hospital nih, kalau balik umah semalam maunya leceh jgk nk dtg sni balik.Memula sakit sikit je aku cuba2 la tahan, pastu bila dah start sakit lebih sikit dalam setiap 15 minit tu aku dah xtahan. Cepat je tgn aku nih menekan button panggil midwife. Aku mintak dkt dia pain killer panadol pn jadilah, sbb aku dah start xselesa nih baring xkena duduk lg la. Pastu lepas mkn panadol tu ok la sekejap kot, sebelum dtg lg sakit setiap 10 minit pulak, aku mintak lg pain killer yg lebih kuat. Masa tu midwife ckp kena hold kejap dlu sbb br telan panadol tkt lebih dos pulak,huwaaaaa…… sakitnya perot nih, nak kena tahan la nih. Nyesal pulak aku xmintak pain killer kuat2 sikit awal2 td. Masa tu jgk, midwife pasang alat monitor heartbeat baby tu kat perot aku. So terpaksa la aku menahan sakitnya sampai ke pukul 4 pg bila contraction dah kurang 10 minit sekali aku pun dipindah ke labourroom pukul 4 tu. Tp sayangnya labourroom nih bkn bilik hotel semlm, alaa.. kempunan pulak aku nak bersalin kat situ. Perot aku nih selain sakit, lapar la pulak. Malam td aku mkn pisang pun dah kuar balik. Makanan diaorg serve semalam aku xberani makan, so sebat biskut je la dgn air. Dekat labourroom aku rasa lega sikit sbb dah ble dpt pain killer. Baiknya midwife nih siap ble tanya aku nak pain killer yg mana satu,hehee….nak yang gas ke, err morfin ke, atau epidural. Aku pulak poyo skt kononnya nak dos yg paling kurang la mtk yg gas. Tp mcm xde menda pn sakit jgk, so aku upgrade sikit la mintak morfin pulak.Emm…. xtahan jgk mmg sakit betul nih, rasa mcm nak nangis pn ada, dahla aku sensorang je nih. Sebelum msk labourroom td, midwife ada tanya aku ‘do you wish to cal someone’,emm…. nk cal camna anak aku pulak xde org nk tunggu kat umah, pukul 4pg pulak tu. So aku aku ckp no je la. Mmg polisi diaorg dkt sni, atleast patner atau friend sorang mesti ada utk temankan patient atleast bg support sikit la masa kat labourroom. So partner mmg kena masuk sama kalau wife nak bersalin tu, xble tunggu kat luar. Tp aku nih kira special case la xpyh sbb anak aku ada sama, msk kang buat mengacau pulak. Memandangkan sakitnya bertambah kuat dan aku mmg xdpt tahan lg aku pn mintak la epidural,nasib baik ada epidural kalau x, xtahu la apa jd kat aku nih pengsan tahan sakit kot,heheee…. Nak bius epidural pn bukan senang kena Dr je yang buat agaknya sbb tu kat hospital government dkt Msia susah nak dpt selain harganya yg mmg mahal. Aku nih pn mmg bernasib baik ada cover insuran OSHC, kalau x nak pg check bulan2 dkt antenatal clinic pn aku xmampu, mau nya tak kalau nak maintain sekali check je charges nya AUD130. Maknanya kalau duit Msia tu dalam RM390 la. Lepas dpt epidural tu sakit rasa dah kurang byk,huhhh…. leganya rasa dan aku pulak dah terasa lali dan mengantuk. Masa tu aku rasa bukaan 5 cm kot, midwife pecahkan air kutuban dan dijangkakan pukul 7 mcm tu dah ble cuba utk bersalin. Sakit contraction aku dah xrasa sgt, hehee... berkat epidural td and aku pn ble la cuba utk meneran tanpa rasa sakit. Cuma masa hujung je br la terasa sakit yg amat sgt sbb epiduralnya dah kurang. Tapi memandangkan bahu baby stuck xdpt kuar so Dr decided nak guna bantuan vakum. Nak pasang vakum kat kepala baby tu pn punyalah sakit. Akhirnya setelah bertarung hampir 2jam lahirla baby boy seberat 3.3kg tepat jam 8.51pg Jumaat 17 august 2007. Kebetulan nasib aku mmg baik Dr ckp kalau baby lebih berat dari itu mmg kena go through caesarian .

Thursday, 16 August 2007

False alarm

Awal pg nih aku start turun tanda mukus darah,erkkk takutnya tp xsakit pn. Risau jgk aku mna la tau jd mcm dlu lg. Bila datang sakit time mlm, sampai hospital je tup..tup.. baby distress teros kena operation. Aku cuba2 la releks kan diri tp time nih la mcm2 risau dtg mula la rasa baby mcm kurang gerak la apa la,at last sampai ptg ada lg tanda yg sama,so amik langkah selamat cal je midwife tanya, then midwife suroh aku dtg check pukul 5ptg tu. Dkt hospital check heartbeat baby ok,xde tanda2 distress Alhamdulillah moga kejadian lama tidak berulang, then aku dibenar balik umah pukul 9mlm tu. Mlm tu aku start sakit, lama jgk la aku menahan sakitnya dari pukul 1 pg sampai pukul 7pg, kiranya dari satu jam sekali sakit sampai ke setiap 5 minit sekali sakit baru aku decided nak pegi hospital. Sampai dekat hospital midwife monitor heartbeat baby & contraction aku tp katanya baru 2cm,huhhh....lama lg la aku nak kena tahan sakit nih. Aku dah la jenis xtahan sakit. Tghari tu aku dipindah masuk ke labourroom kononnya mengikut perkiraan diaorang kalau setiap satu jam sekali ble buka 1cm so dlm hari nih jgk aku dijangka bersalin,hehee…..bes jgk la aku mendengarnya xtahan dah aku nak tgk anak yang sorang nih. Tapi yang aku paling besnya labourroom dia, rasa mcm bercuti kat hotel 5 bintang pulak. Punya la besar biliknya. Patutla aku tgk kat pintu dia tulis suite, wow…..rasa cam bercuti betul nih.hehee.. lengkap dengan bilik air, tv sumer. Agaknya sebab tu kot aku punya contraction pun dah ilang, dari 5 minit sekali yg tdnya teros jd sejam sekali,huarghaahaa dan kadang2 xsakit pun…Tp sayangnya excited sgt sampai lupa plak aku nak snap gambar sikit kat situ igt ble dok lama lg rupanya dah kena pindah masuk wad, sbb xbersalin lg,ahak2. Dr pn kompius asal xbersalin pn nak suroh balik ke nak overnight kan budak nih kat sni. Anak aku nih xnak kuar lg Dr, nak wat camna bes plak dia dok dlm perot mama dia nih. Memandangkan first pregnancy aku caesarian so aku xble diinduce takut kesan contraction pada parut lama, otherwise kalau apa2 risiko nnti aku kena caesarian pulak sekali lg. Emm vaginal birth after caesarian(VBAC) bkn sumer org berjaya byk yg berjaya tp byk jgk yg berisiko repeat caesarian, takutnya aku masa tu . Malam tu tidor la aku sensorang kat hospital tu, memandangkan anak aku xde org jaga so husband aku kena la jaga Maira kat umah, walaupun kalau nak diikutkan 2org dibenarkan untuk menemankan setiap patient. Walaupun wad nih kira kategori biasa tp standardnya mcm wad private kat Malaysia. Sumer org dok bilik sorang je aku tgk xde yg kongsi pun. Setiap bilik ada bilik air sendiri, sinki mandi baby sendiri dan setiap 2jam sekali akan ada org dtg tanya ‘ do you want any hot drink’ hehee… suka aku, order je la milo ke, teh ke apa nak minum. Tak cukup jgk kat pantry dia pun ada lg gi la buat sendiri. And midwife dia setiap sejam atau 2jam sekali akan datang check patientnya.