Saturday, 29 December 2007

Natural blusher

Sejak cuaca panas kering nih, cpt je muka naik blusher,heheee.....Yg heran tu kena dekat budak2 je, org dewasa nih xde pulak. Kalau x, cantik jugak la muka pakai blusher nih. Perfect je calittannya, soft color & xde comot2. Patutla aku selalu tgk anak org putih pipi merah je, sbb cuaca panas rupanya salah satu sbbnya. Hari isnin lepas 24Dis2007 aku dah cukurkan rambut adik Haziq,huhuuuu.....selamat tinggal rambutku, xpe adik jgn sedih rambut yg lebat tu akan naik dgn lebih sihat lg, sunat nak. Sebenarnya dah lama aku berniat nk cukur rambut adik tu tp almaklumlah byk pulak jemputan2 jamuan mkn & hari raya haji lagi. So niat tu tertangguh je, sampai la adik dah masuk 4bln br terlaksana. Ddulu Maira pn bercukur masa umur nih juga. Khusyuknya adik tgk si kakak menimba pasir.

Wednesday, 26 December 2007

Panas melampau...

Bahang panas dek summer makin terasa, suhu sampai mencecah 44.5 darjah celsius. Rasa macam duduk dlm oven pn ada. Bukak pintu, bukak tingkap bahang je yg masuk. Heat waves org cakap. Kipas yg ada pn xdpt nk menyejukkan diri coz udara yg berlegar2 nih pn panas membahang. Rasa kering yg amat. Menurut berita tv inilah suhu terpanas melanda WA buat beberapa thn kebelakangan nih. Umah aku pulak xde econ, so sian la sesangat kat anak2 aku termasuk adik Haziq yg br 4bln tu. Selalu xpakai baju je. Ekstremnya suhu nih, br ari tu dok ujan renyai2 nih dah panas la sgt. Satu awan pn xnampak kat langit tu, mau xpanas matahari direct atas kepala. Anyway nih br kat dunia, emm xble la nk bayangkan kat akhirat esok camna, insaf la sekejap aku. Aku teringat satu peristiwa tragis kat sni yg selalu terbayang bayang dlm kepala aku nih kesal btl aku ttg kealpaan manusia, disuatu ptg 1 hari sblm krismas. Akibat kecuaian dan kebodohan ibubapanya nyawa seorg anak yg xberdosa menjadi mangsa. Sedihnya anak tu (toddler lg) terpaksa terseksa sblm ajalnya. Mungkin kita xmenyangka kebodohan ini boleh membawa maut, jgn la sesekali kita meninggalkan anak di dalam kereta walau seminit pn. Kisahnya begini seorang parent (aku xsure ibu or bapa coz news xmention pn) telah meninggalkan anaknya didalam kereta di garage umh. Sebelum tu anak itu telah mengikut parentnya keluar, & on the way balik dia tertdo didlm car seatnya. So dek xnak menganggu tdo si anak, si parent pn telah kuar semula mengambil anaknya yg lg satu menggunakan kereta yg lain, dgn meninggalkan seorg anak yg masih tdo tu di dalam kereta (menjadi undang2 di sni setiap toddler bwh 3thn kena duduk dlm carseat, so aku fhm mungkin kete tu ada 1 carseat je kot). So ble bayangkan x mcmmna budak tu bergelut dgn bahang panas sblm menemui maut. Menurut expert 20 min meninggalkan anak di dalam kereta dgn cuaca yg panas sudah boleh membawa maut. So amik pengajaran, aku selalu igt kan diri agar xmelakukan kebodohan seperti ini & aku xnak ia terjadi kpd org lain juga. Berfikir dlu sebelum bertindak, sesal kemudian xde gunanya.

Wednesday, 19 December 2007

Raya ke nih?

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk seluruh umat islam. Hari nih aku dah raya kat sni. Actually kat Msia esok baru sambut hari raya korban, tp xtahu la nape diaorg raya awal kat sni. Xsefahaman ke apa aku pn xtahu coz esok pn ada juga masjid yg buat semayang raya, ari nih pn ada juga. So raya 2x la nampaknya aku, ngehngehh.. Cadangnya pagi tadi aku nk pegi semayang raya dkt area2 Kings Park tu. Mengikut jadual pukul 8pg start semayang, so dlm pukul 7.30pg tu dah kena kuar rumah, coz tempat tu jauh sikit. Maknanya kena bersiap awal pg termasuklah mandikn ank2 sekali. Tp ntah mcmmna wpn baju2 dah siap iron, kami pulak terbabas tdo sampai pukul 7.40pg br tersedar. Alang2 dah terlambat tu sambung tdo je la lg. Esok je pegi semayang raya. Mengantuk btl rasanya mata nih, sejak ada baby nih tdo mlm aku xberkualiti sgt. Mna xnya sepanjang mlm mesti sekurang2nya 1-2x adik bangun minum susu. Mujur jgk xde nangis malam just bgn utk minum susu & sambung tdo. Tp letih jgk la bila kt dah terjaga nk tdo balik bukannya senang. Sabar je la, ddulu mak kita jaga kita camnih la jgk ntah2 lg teruk. Raya tahun nih, kumpulan pelajar2 postgrad dr Msia yg buat korban adalah dlm 17org. So ada 17 ekor biri2 yg akan dikorbankan raya korban nih. Emm... mkn besar tu,heheee....

Sunday, 16 December 2007

Sale...sale..and sale....

Christmas makin hampir, sale merata-rata. Shopping complex yg selalunya tutup ari ahad pn dah bukak, especially utk sesape yg suka shopping last minute. Aku pn meyibuk jugak saje tgk kot2 ada brg yg murah, tp so far xdelah murah sgt. Setakat 20-30% off tu still mahal lg pd aku. Cuma yg aku perasan berbaloi btl kalau beli time nih adalah perfume ngan sport shoes. Fuyoo...mmg murah btl kalau compare dgn dekat Msia. Ingat lg masa dlu aku penah beli perfume 5th Avenue utk hantaran kawin, 75ml kat KL rm150, dkt sni rm45 dah ble dapat 100ml lg. 90% off tu.Cuma kena pandai survey sikit. Aku pn ada beli Red Door,saja nk try sedap gak baunya xmenyucuk sgt, rm60 100ml tu pn xabih survey xperasan ada satu kedai lg jual rm45 je.Cit rugi2. Hehee....sbnrnya beli tu aku pau duit dapur,ahak2 xpe la pinjam dlu dpt elaun nnti aku ganti balik masuk dlm buku dlu. Org suruh beli brg runcit ln pulak yg dibelinya. Nih kot tau kat husband aku mau membebel nih. Anyway 2-3 ari lepas aku dpt anniversary gift,huahaaa.... ye ker. Sport shoes, konon nk jogging la tu. Husband pn ada sepasang, tp dua2 tu dia yg bayar. Nak wat camna aku xde pulus. Sport shoes pn murah jgk, adidas ble dpt rm180 je, & puma plak rm150. Ni pn sbb sale kalau x mmg xmerasa la, dpt pakai power je, tu pn dah rasa cam best. Sebenarnya aku nyaris2 nk kena beli kasut sukan budak2,heheee....coz kaki aku xde saiz. Ladies shoes byk start ngan 6, kaki aku 5 je so xde saiz. Tp mujur masa aku dok belek2 kotak2 kasut tu aku perasan ada terselit saiz 5 jd dpt la aku kasut dewasa, kalau x pakai kasut kanak2 la jwbnya. Design pn faham2 je la & harga pn lebih skt.

Tuesday, 11 December 2007

Barbeque di Burswood Park

Keesokkannya lepas pre-raya haji di umah kak Ijan, hari ahad tu kami join jamuan barbeque sempena besday 2-3 org anak2 teman di sni. Murah rezeki hujung minggu nih. Jamuan potluck,aku bwk muffin je xtahu nk bwk apa lg. Ramai juga yg datang. Alhamdulillah sumer makanan habis, masing2 lapar nampaknya. Kebetulan hari tu ada boats racing sambil2 menjamu selera ble jugak tgk org lumba bot. Aussies pn ramai dtg berpicnic, barbeque juga. Happening juga tempat nih hujung minggu.

Monday, 10 December 2007

Salam raya AidilAdha dari perantauan

Hari sabtu lepas baru nih kami student2 Msia & kaum keluarga kat sini ada buat pre-raya utk Hari Raya AidilAdha yg bakal menjelang 20 Dis nanti. Jamuan raya bermula jam 5ptg, dekat rumah Kak Ijan. Kak Ijan nih senior dah, kira mcm leader la kat sni. Selalu kalau ada apa2 majlis, umah dia la jadi portnya. Hatta perjumpaan dengan wakil2 penting dari Msia cthnya yg baru lps dlu tu kem. pengajian tinggi etc pn dibuat kat umh dia, sbb kat Perth nih selain xde Msia Hall, konsulatnya xble pkai sgt. Kalau ada apa2 masalah bila dirujuk kpd diaorg senang je jawapan nya kami xcampur hal pelajar nih. Sabar je la. Sebenarnya pre-raya nih dibuat ats permintaan pihak RTM sendiri diaorg nk buat rakaman scene sambutan raya rakyat Msia di perantauan. Kira Perth nih salah satu destinasinya, byk lg negara lain. Rakaman nih akan ditayang pada hari raya aidiladha nnti. Masa ucapan salam raya dibuat oleh anak2 secara beramai-ramai, ayah selitkan Maira dkt depan betul2 depan kakak yg pegang mikrofon tu,heheee....terkebil2 dia xtau org ckp apa ramai2 tu, nampak cam Maira plak yg paling keciknya.

Tuesday, 4 December 2007

Hepi 4th Anniversary


Ari nih genap 4thn usia perkahwinanku, anak pn dah 2, 3thn & 3bulan.No celebration, no cake coz aku xpandai lg nk buat kek & xjumpa lg kedai kek halal, so tahan je la balik mkn kat Msia nnti,emm dah ilang la rasa nk mkn pn. Hadiah xaci btl replacement kpd hs aku yg dulu tu sbg hadiah, tp xpela.Anyway hepi anniversary for me.

Monday, 3 December 2007

Toilet training

Pagi td aku start toilet trained kan Maira for the 2nd time nya. Dlu penah cuba sekali tp xjalan. Sbb kencing xlawas setiap 10min nk terkencing je,so mama xtahan penat asyik nk kena bwk pegi tandas je, kasi pakai pampers. Tp skrg dah besar sgt anak mama nih, dah tiba masa kena blaja buang air sendiri dekat tandas.. So pampers hanya dibenarkan masa mlm & tidor siang je. Hopefully kali nih berjaya la. Alhamdulillah misi ari nih nampak ada suksesful skt, kita tgk esok pulak mcmmna. 2-3 ari lepas ayah ada belikan Maira toilet training seat. So ble la Maira duduk dekat ats mangkuk tandas tu tanpa terpelosok kat dlm lubang nya,hehee....So far nampaknya Maira mcm selesa je xpakai pampers, cuma kena beware selalu la takut dia terlupa terkencing pulak dlm suar tu.

Thursday, 29 November 2007

I found it

Bestnya setelah sekian lama mencari akhirnya jumpa jgk favourite song aku nih. Everlasting love nyanyian Gerald Jolling, masa lagu nih br2 kuar dulu aku dok dlm form 4 lg thn 1996 gitu kalau xsalah. Tenang je rasa hati aku bila dengar lagu nih mmg evergreen la. So aku amk masuk dlm blog.

Everlastinglove
It looks like heaven to see you walk
To see the way you're moving on
Sounds like an angel when you talk
The words come out like in a song
Never thought what love could do inside
You're the place where I can hide
It feels like heaven to be with you
When you treat me like you do
Every minute of the day
Just with you I wanna stay
There will be no end....
We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

Monday, 26 November 2007

Life must go on....

Dah lebih seminggu i'm not in a good mood, rasa xbest je, dah mula fed up dgn hidop merantau nih xble nk settledown lg wpn dah 4thn, byk benda yg aku nk capai dlm usia menghampiri 30 nih tp xtercapai. Biasalah nk rasa berkereta sendiri, nk rasa gaji masuk tiap2 bulan and ble pegi shopping, nk rasa ada rumah sendiri yg cantik mcm dlm majalah tu, nk rasa berbaloinya aku penat belajar, nk rasa hidup berkerjaya, nk rasa makan kat tempat mahal, nk pegi melancong, nk rasa hidup selesa and it all about satisfaction. Something yg ble buat kt hepi melalui hari2 mendatang. Anyway aku pegang pada pepatah yg satu setiap kemanisan ada kepayahannya, anggap saja aku tgh lalu kepayahan tu. Semlm nk memujuk hati aku pegi jln2 dkt Fremantle. Di sni salah satu tempat ble jumpa ramai org Asia termasuklah Msia,Spore, Brunei dan Indonesia. Coz di sni tempat menjual souvenir Australia yg menjadi tumpuan ramai. Suasananya lebih kurang mcm kat CM tu (central market).Harganya pn berpatutan xmacam kat bandar. Byk peniaga di sini org Indonesia dan Cina Singapore. Rasa mcm kat Msia jgk la sbb byk tourist berbahasa Melayu (tourist Msia). Ble la dpt cheapest price utk souvenir Australia sarung tgn oven tu 1 dollar je. Barang2 kulit pn ble tahan gak harganya, affordable cuma kena hati2 takut terkena kulit babi je. Aku xbeli apa pn cuma aku berkenan satu shopping bag tu cantik sgt pd aku. Dr kanvas, emm skrg minat baru aku nk buat collection shopping bag, mna yg berkenan and berpatutan aku beli. Selalunya shopping bag nih kalau jenis biasa tu dlm 3-4 dollars. Yg kanvas nih mahal sikit 9 dollars. Tp aku berjaya mintak kurang dpt 8 dollars,heheee....1dollar pn bernilai tu sama dgn rm3. Kebetulan jgk masa nih kat Fremantle ada acara perlumbaan perahulayar, so dpt jgk aku tgk sekali.

Saturday, 24 November 2007

Before you were big

The day you were born,
when we first met,
Was a glorious time,
one I'll never forget.
You became my baby,
and I became your mother,
And I felt great joy,
beyond any other.
And every day
from then on after,
You've filled my life with
love and laughter.
When you were a baby and only
one day old...

You needed three names: a first, middle, and last.
We'd tried out many, but only one combo passed.
It was balanced and friendly and dignified,
So we made it your own to use worldwide.

Your name is your own
and it feels just right.

It's easy to say and
not too hard to write.
When you were a baby and only
one month old...
You slept as much during the day as at night,
And weren’t bothered at all by noise or light.
Dozing in a car, train, or jumbo jet
Suited you as well as your bassinet.

Now you sleep
All through the night,

And don’t open your eyes
till the morning light.
When you were a baby and only
two months old
Instead a bathing you in the big tub,
I held you in the sink for your daily scrub.
You were too floppy to sit up on your own;
You needed my help or you’d sink like a stone.

Now you’ve mastered the art
Of bubbly disguises,


So tub time is full of jokes

and surprises.
When you were a baby and only
three months old
If a pal called out “hello” or “goodbye”,
You couldn’t yet say real words in reply.
Instead you uttered soft baby coos,
In answer to all such how~do~you~dos.

Now it’s easy
To shoot the breeze

With any person
that you please.
When you were a baby and only
four months old
Nothing as yet had made you laugh,
Not even your singing spotted giraffe,
Until Daddy put on one of his shows,
And you laughed at the sight of a spoon on his nose.

Now at times
there’s no controlling

You fits of laughter
once they’re rolling.
When you were a baby and only
five months old

You pushed yourself up with your arms slightly bent,
And added some oomph and over you went.
After that roll you tried a few more,
Then nothing could stop you from crossing the floor.

Now you’re nothing less
than superior,

At tumbling from
your head to posterior.
When you were a baby and only
six months old

Cutting new teeth made your gums awfully ouchy,
Which made you cry and act rather grouchy.
Of all the chewies that eased your teething,
You found your toes by far the most pleasing.

Now you have twenty teeth
~keep them clean.

They look better white
than mossy green.
When you were a baby and only
seven months old

You could easily have choked on a grape or cashew,
So hard foods like those were not offered to you.
Instead, you ate foods that were mashed into goo.
They were safe and easy for you to chew.

Now you can munch
On all kinds of snacks,

Even marshmallows, popcorn,
and Crackerjacks.
When you were a baby and only
eight months old
You learned to creep, but that didn’t last
Because creeping was slow and you wanted fast!
Propped on all fours, you found your balance,
And added crawling to your long list of talents.

Now it’s easy to stand
On tiptoe,

Or hop on one foot
fifty times in a row.
When you were a baby and only
nine months old

When I posed the question and held you high,
I never expected to hear a reply.
“Who loves her little chicken?”I whispered to you.
“Mama,” you said, out of the blue.

But now your vocabulary
Is immense,

And your talks are known
for their eloquence.
When you were a baby and only
ten months old

The difference between naughty and good
Was yet to be something you understood.

Now you understand
That naughty offenses

Are usually followed by
tough consequences.
When you were baby and only
eleven months old

You could hardly believe what was before your eyes
When you met someone who was just your size.
But when no one was looking he snatched your toy,
And then you wished to be rid of that boy.

Now you and your friends
know how to play fair,

And are more than happy
to swap and share.
When you were a baby and only
twelve months old

You stood up straight, and with a great deal of pep,
Proceeded to take your very first step.
It was followed by steps two, three, and four,
Then your well-padded bottom hit the floor.

Now when we’re walking
I have to plead

For you to slow
your rapid speed.
On your first birthday, when you turned one,
Your big~kid life had officially begun…

Your favourite people came to celebrate,
And cake with sprinkles is what we ate.
The entire household was completely abuzz,
But you didn’t know what day it was.

Now you can’t wait
Till your birthday’s here,

It’s your favourite day
of the entire year.
You’ve grown so much since your very first day.
Now you’re up and running and on your way
To have more adventures and explore new heights,
And to sample all of life’s fabulous delights.




written by:Jennifer Davis

Wednesday, 21 November 2007

Boring day

Today di antara beribu-ribu ari yg membosankan dlm hidup aku. Xlarat dah aku terus hidup mcm nih. Letih dah aku, xtahu la sampai bila aku ble terus mengingatkan diri aku utk terus bersabar. Sama mcm 4 thn dlu, aku hidup dlm persekitaran yg x sesuai. Bukan aku je anak aku pun sama. Aku xde kawan, xde jiran& xde keje. Dunia aku anak2 aku. Sian Maira pasti hidupnya pn memboringkan mcm mama dia jgk, xde kawan & xde tempat bermain. Aku nak anak2 aku merasai zaman kanak2 aku dlu, hepi byk kawan sepermainan, petang2 gi main sama2. Tiap kali aku terkenang semua nih rasa bersalah meyelubungi aku. Sekurang2 nya bila dia besar nnti adalah something utk dikenang. Sbb tu aku cuba sebaik mungkin memberikan yg terbaik utk anak2 aku, biar aku penat menolak stroller kesana kemari asal ble buat dia hepi. Sekurang2nya kalau ke tmn mainan tu atau ke library ble juga dia bermain di sna, belajar bergaul dgn rakan2 sebaya, & yg penting dpt melalui zmn kanak2nya dgn lebih bermakna.

Thursday, 15 November 2007

Homemade muffins



Ptg nih Maira buat perangai sikit, xnak tdo wpn mata dah mengantok sgt. Menangis nk stickers apa ntah dia nmpak kat kedai. Dah beli dlu tp nk yg lain pulak. Xtau nk alih perhatian dia camna lagi so aku ajak dia buat muffin,hehee.....melompat dia. Suka sgt, mmg kegemaran dia la masak2 yg guna oven nih. Berpandukan resepi kat botol selfraising flour kami buat muffin rasberries. Suka dia bila diberi peluang buat sendiri, tp part2 tertentu je klau x, abih tepung bertaburan byk tumpah dr yg masuk dlm mangkuk.
Dah 4-5 kali aku try muffin nih, ble tahan jgk rasanya sedap. Resepi asalnya ada letak oat kat atas tp aku xminat sgt, bhgn Maira dia nk yg ada coklat. Selalu bila lalu kat kedai bakeri sedap je bau muffin, mcm2 jenis ada telan air liur je la, xhalal. Balik cari resepi la.

Wednesday, 14 November 2007

Aktiviti baru

Xsempat nak update, kebelakangan nih aku sibuk sikit, now terasa lega dan lapang sedikit kepala aku, byk urusan perlu disetelkan kebelakangan ni, urusan harian biasalah memasak, mengemas, menjaga anak yg dah bertambah sorang lg nih, masing2 ada karenah sendiri sorang xnak duduk nak dipegang & manja2 biasala baby dan yg sorang lg xble duduk diam kalau xdiawasi ntah apa2 projek yg dia buat punggah itu punggah ini, main gunting nih mmg favourite dia sampai ke cadar pn dah diguntingnya. Skrg tempoh bertenang & lalui rutin harian spt biasa. Actually byk aktiviti aku kat sni compare masa aku kat Srwak dlu. Lagi mudah aku rasa nk join aktiviti komuniti disini drpd Msia sbb diaorg sni byk aktiviti. Walau bukan utk aku tp utk kanak2 baya Maira pn dah cukup. Baru2 nih aku ada join state library kat umah aku je Victoria Park. Byk benefit yg aku dpt ble pinjam buku, ble pinjam majalah, ada storytime utk Maira, ble pinjam DVD and ble isi masa lapang bwk Maira jln2 &main kat tmn mainan berpasir sebelah dia . So important thing ada la aktiviti utk aku & Maira ops lupa utk adik juga petang2 tu. Xdelah asyik main bola je kat bwh umah tu.Bestnya library kat sni ble bwk baby masuk, automatically housewife mcm aku nih ble la join sekali yela kalau x, sape lak nk jaga anak kalau maknya msk library. Walaupun kalau nk diikutkan xde menda sgt tp cukuplah utk setakat ini. Sok2 aku explore lg apa lg aktiviti ble aku join. Ops cakap pasal DVD kat sni xde masalah cetak rompak. Nak tgk movie berkenan kenala kuar duit sikit beli yg original. Harga?Emmmm.....actually apa2 brg kat sni pricenya xbyk beza dgn Msia bezanya matawangnya je tukar jd AUD . Emm so harga utk sekeping CD rm30=rm90 kat sni,hahaaaaa.....xsanggup aku nk kuar duit sebanyak itu utk ini. Sanggup lg aku tunggu je sampai tayang kat tv nih. & aku xkisahpn sbb every week tiap ari jumaat, sabtu & ahad ada movie. Ble tahan gak citer nya xde la lapok sgt.



Aku dgn Maira masa gi Family Fun Day anjuran library Victoria Park.

Saturday, 10 November 2007

Save our earth

Recycle.........igt lg x lagu tu? Post kali nih aku nk highlight pasal tu. Penggunaan kertas dan plastik beg dgn bijak begitu ditekan dibumi Perth ini. Kebiasaannya di shopping complex atau kedai runcit diaorg sni akan bwk shopping beg sendiri. So dgn cara itu penggunaan plastik beg dpt dielakkan. Kadang2 tu ada yg bwk beg galas sendiri utk isi brg2 runcit yg dibeli. And kalau setakat beli 1-2 brg tu mmg diaorg xamik plastik beg pn bwk pkai tgn je,heheee. Kertas pn sama kalau gi library kt ble tukarkan paper2 lama tu dgn yg baru. Penggunaan kertas hingga ke tahap maksima selagi ble conteng lg kat atasnya. Recycle paper sgt2 dialukan. And at the same time pendidikan pengguna disini sgt tinggi. Information byk disalurkan melalui pamphlet2 & news papers (bkn news paper harian tu, nih yg knowledge and senarai aktiviti di sni) yg diedarkan secara percuma di shopping complex, library, every where ada je aku jumpa. So tinggal nk baca je.


Petang semlm slps husband aku pulang dr kampus dia menunjukkan kpd aku envelops yg digunakan oleh supervisornya utk memuatkan surat kpdnya. Muka hadapan envelops ini penuh dgn partition2 nama penerima yg pernah menggunakannya. Envelop ini telah digunakan berulang kali dr tangan ke tangan utk kegunaan dlm kampus uwa. Terfikir aku betapa bernilainya sekeping kertas kepada kita dan menjadi tanggungjawab kita utk bijak menggunakannya.

Monday, 5 November 2007

Asingnya ku rasa

Emm sejak dah setengah tahun aku kat bumi Perth nih byk benda baru aku dah blaja indirect education maksud aku. Byk kesedaran yg aku dpt. Sebenarnya aku dah xsabar nk balik Malaysia nk teruskan perjuangan aku yg terbengkalai dlu, I mean my ambition. Dah 4thn aku sentiasa mengingatkan diri aku utk bersabar sbb keadaan xmengizinkan. Harap balik nnti lg 3thn aku ble teruskan cita2 aku tu. Apa lg carik keje la. Bukan maknanya aku xhepi dok umah jd fulltime housewife merangkap fulltime mother tp kepuasan dlm hidup tu aku xdpt lg. I need friends & I need to earn an extra money by myself. Sbb tu cita2 aku sejak kecik lg wpn selalu bertukar2 nk jd apa tiap kali cikgu bg report kad yg ada column cita2 tu,hehee.....siap nk jd pramugari pn ada tu,hahaaa.....kelakar btl kalau tingat balik. So sementara tu, aku sentiasa pastikan aku enjoy dlu dgn apa yg ada maknanya pandai2 la menyesuaikan diri walau dimana berada. Hidup mesti enjoy nothing worst than death. Sbb aku percaya setiap kemanisan pasti ada kepayahannya dlu. First time aku pijak kaki kat negeri org nih aku takut sbnrnya. Yelaa speaking berterabur past tense ke present tense emm ntah la. Dah bertahun aku xbercakap org putih nih, so aku takut betul bila kena bercakap sbb xfamiliar dgn slang Australia. Diaorg bercakap memang cpt telinga tu mmg kena pasang btl2, otherwise mmg xdpt catch up apa yg disebut. Pelan2 aku cuba dktkan diri dgn komuniti sni, mungkin itu cara terbaik aku rasa utk bina self confident aku. Org pertama yg aku jumpa masa tu GP (Dr) aku masa tu aku pregnant 6 bln utk adik Haziq. No choice kena berckp jgk sbb aku yg pregnant bkn husband aku xkn dia plak nk bercakap bg pihak aku, teruk sgt klau camtu. Lepas dr tu aku gi bercakap ngan cashier kat kedai plak,heheeee..... gi shopping la maknanya tu byr sendiri. So far aku dah rasa makin confident skt, coz practice makes perfect.


Sunday, 28 October 2007

Daylight saving time


Ari nih start daylight saving time (DST) untuk Western Australia. Juga dikenali sebagai Summer time. So jika sebelum nih masa Perth sama ngan time zone Msia, sekarang jam kat sni dah cepat 1 jam. Kiranya siang kat sni jadi lebih panjang membolehkan byk aktiviti di waktu siang (musim panas nih). Maghrib pun dah lambat dlu pkl 6 dah gelap skrg pukul 7.40 baru gelap. Panjang sungguh ari rasanya DST nih akan berakhir bulan Mac nih, masa tu jam akan berganjak balik 1 jam kebelakang so sama balik mcm waktu Msia.

Wednesday, 10 October 2007

Syawal menjelang tiba


Kejap je dah nk raya, rasa mcm br semalam puasa,hehee.....xsempat pn aku nk buat apa2. Masa 1 Ramadhan dlu ada gak rasa nk buat kuih raya, tp sampai sekarang dah 28 Ramadhan satu kuih raya pn xjd. Kalau dlu bertangguh sbb xde mixer skrg dah ada xkompiden la pulak ngan oven nih ada api atas je, ehehehh...alasan kot. So far aku mmg failed la bab membuat kuih yg mlibatkn baking2 nih xpenah menjadik pn,emm tu la feed back yg aku dpt dr husband buat menghabiskan tepung ngan butter je katanya. Semalam aku dah buat satu pembaziran bsr, hahaa.....kuih span dah xjd span padat nk mampus.Tp itu aku tahu la mungkin sbb aku xayak tepung tu. Selalunya bulan puasa nih, ari2 aku dok dpn komputer search dlm internet kuih apa nk buat utk berbuka mmandangkan nk beli xdpt, tp sudahnya sampai ke petang kuih apa pn xmenjadi last2 bukak peti ais goreng stok karipap frozen yg mmg dah tersedia backup. Tp apa pn aku ttp bpuas hati ngan prestasi memasak aku skrg, ahak2 in term buat kuih je la,berbanding ngan dlu hampeh. Dulu nk mkn kuih apapn senang mcm kata member sorang tu, main teriak2 je, ' donat singgit kak dpt 3 biji ', emm skrg teriak sungguh la kempunan. No choice mmg kena blaja sendiri. Anyway aku dah jumpa satu web site buletin Alaf 21 yg memang byk membantu. Dah bape resepi aku cuba menjadik, kuih lapis,serimuka,karamel,karipap pusing,lopes,roti jala, huhhh....sampai ke murtabak pn ble buat kat dapur umh je,hahaa.......xcaya ke.Thanks byk2 pd Pn Norzailina yg menjadi sifu website nih. Jasamu tetap kukenang:)

Friday, 5 October 2007

Take a walk di ptg ari



Hehee...ini kes xde keje la nih. Saje kasi update sikit. Sejak dua menjak nih selalu plak aku bwk Maira main bola kat luar umh. Bukan gi mana pn main kat bwh tu je. Tapi semalam sesaje aku ajk dia gi take a walk area2 sekitar umh. Mmg suka btl la dia pantang di ajak, laju je. Saje je ble gak aku usha2 kat sepanjang jln tu kot2 ada brg org buang yg best2, ok gak. Minggu nih area umh aku bulk rubbish collection service. So byk la org buang brg2 bsr mcm tilam,meja, katil, tv, kerusi, sofa mna2 yg diaorg dah xnak. Kadang2 tu kalau kena nsb baik ada yg elok lg dah dibuang, nk tukar furniture baru la katakan. Maka byk jgk la individual2 lain yg buat collection dlu sblm lori collect tu dtg,heheee... Kalau kena yg elok tu kejap je letak kat tepi jln tu sekali pandang lg dah xde. Biasa la fenomena kat sni mcm tu, sbb brg2 2nd hand nih tetap ada market nya jgk. Ini disbbkan beza harga brg baru dgn 2nd hand yg jauh berbeza . So ada yg lebih prefer cr yang terpakai je dr yg baru terutamanya foreigner mcm aku nih. Ada juga garaje sale and sunday market pada hari2 tertentu dalam setiap minggu yg jual brg2 terpakai nih. Kat situ ble la dpt brg2 nih dgn harga yg jauh lebih murah, w/pn kualitinya masih baik. Kedai 2nd hand pn ada juga. Kadang2 diaorg nih collect utk jual balik kat sunday market lps modified skt2. Berbalik pd cite td, memandangkan skrg nih dah masuk spring so sepanjang kaki2 jln tu byk la bunga2 liar yg tumbuh sendiri termasukla kat rumput tu. Bukan main suka lagi Maira mengutip bunga2 tu sepanjang kami berjalan sampaikan ada bunga yg dah terpenyek pn dia xnak buang takut xdpt ganti balik . Mcm2 colour ada putih, purple, yellow etc dan cantik2 jgk aku tgk. Sampaikan bunga taik ayam pun ada,ehehehe.... nampak cam cantik plak bila dok susun dlm cawan tu.

Saturday, 29 September 2007

Cepatnya masa berlalu


Pejam celik dah 3thn anak sulong aku. Cepatnya masa berlalu. Aku pn dah makin tua,emm lg 3thn masuk 30, huhhh.... tercapai ke matlamat nk capai kehidupan yg selesa di usia 30 . Cukup sudahkah usaha aku utk itu?Pg td lepas balik dr Medical Centre for regular checkup my new baby, aku singgah dkt playground area umh aku. Sambil duduk2 layan ank aku main dah memerhatikan kanak2 lain yg sebaya dgnnya bermain juga, baru aku tersedar selama nih aku terlalu menganggap anak aku masih kecil. Mungkin terlalu menjaga aku kira, takut terjatuh (tp jatuh jgk), xnak tercedera,tidak memberi peluang utknya meneroka sesuatu yg agak baru dan mencabar sekitarnya. Kesannya dia jadi takut utk mencuba dan begitu berhati-hati orgnya. Lain benar dgn anak2 Aussie lain yg aktif memanjat sna sini, sampai aku tgk pn naik risau jdnya, mamanya relaks aje lepak2 kat kerusi bersembang, tp Maira masih takut2 utk memanjat, sian anak mama.Xpe sayang mama janji pasnih nk panjat apa pn panjat la tp kat taman mainan aje kat umh jgn . Mungkin juga sebelum nih aku jarang2 berpeluang membawa Maira keluar bermain2 seperti nih, so janggalnya masih ada. Utk masa2 akan dtg aku akan selalu2 kn bwk anak aku main2 mcm nih, biar dia berkawan, dan aku pn ble berkawan jgk.

Friday, 14 September 2007

Ramadhan diperantauan


Ramadan kali ini 1428 H first time kami sekeluarga menyambut Ramadan di negara orang. Sama mcm kat Malaysia cuma xde la kemeriahan pasar Ramadan, shopping2 raya kat Jalan TAR and percikan bunga api. Segala2nya ala kadar aje, maklum la kuih muih pn xdpt nk beli kat mna2 kenala buat sendiri. Masa nih la selak2 balik buku resepi lama2, search2 balik internet , kata org dr xtahu langsung ble jd tahu la jgk. Kalau kat Msia dulu kuih tunjuk aje,hehee..Kebetulan Ramadan kali nih kami sekeluarga dah jd berempat, so pastinya raya kali nih wpn x bersama sanak saudara tp meriah tetap ada coz ahli keluarga dh bertambah sorang, adik haziq. First day puasa sampai hari keempat puasa meriah sikit sbb mama, ayah ngan lokman dtg sni visit ahli br, then ari seterusnya mcm biasa berbuka ala kadar aje lgpn aku dlm pantang msk mudah2 aje 1 lauk 1 sayur 1 kuih siap .

Friday, 17 August 2007

Orang Baru

Awal pagi nih dalam jam 1 pagi perot aku dah start sakit balik.Huhhh…lega nasib baik aku dah dkt hospital nih, kalau balik umah semalam maunya leceh jgk nk dtg sni balik.Memula sakit sikit je aku cuba2 la tahan, pastu bila dah start sakit lebih sikit dalam setiap 15 minit tu aku dah xtahan. Cepat je tgn aku nih menekan button panggil midwife. Aku mintak dkt dia pain killer panadol pn jadilah, sbb aku dah start xselesa nih baring xkena duduk lg la. Pastu lepas mkn panadol tu ok la sekejap kot, sebelum dtg lg sakit setiap 10 minit pulak, aku mintak lg pain killer yg lebih kuat. Masa tu midwife ckp kena hold kejap dlu sbb br telan panadol tkt lebih dos pulak,huwaaaaa…… sakitnya perot nih, nak kena tahan la nih. Nyesal pulak aku xmintak pain killer kuat2 sikit awal2 td. Masa tu jgk, midwife pasang alat monitor heartbeat baby tu kat perot aku. So terpaksa la aku menahan sakitnya sampai ke pukul 4 pg bila contraction dah kurang 10 minit sekali aku pun dipindah ke labourroom pukul 4 tu. Tp sayangnya labourroom nih bkn bilik hotel semlm, alaa.. kempunan pulak aku nak bersalin kat situ. Perot aku nih selain sakit, lapar la pulak. Malam td aku mkn pisang pun dah kuar balik. Makanan diaorg serve semalam aku xberani makan, so sebat biskut je la dgn air. Dekat labourroom aku rasa lega sikit sbb dah ble dpt pain killer. Baiknya midwife nih siap ble tanya aku nak pain killer yg mana satu,hehee….nak yang gas ke, err morfin ke, atau epidural. Aku pulak poyo skt kononnya nak dos yg paling kurang la mtk yg gas. Tp mcm xde menda pn sakit jgk, so aku upgrade sikit la mintak morfin pulak.Emm…. xtahan jgk mmg sakit betul nih, rasa mcm nak nangis pn ada, dahla aku sensorang je nih. Sebelum msk labourroom td, midwife ada tanya aku ‘do you wish to cal someone’,emm…. nk cal camna anak aku pulak xde org nk tunggu kat umah, pukul 4pg pulak tu. So aku aku ckp no je la. Mmg polisi diaorg dkt sni, atleast patner atau friend sorang mesti ada utk temankan patient atleast bg support sikit la masa kat labourroom. So partner mmg kena masuk sama kalau wife nak bersalin tu, xble tunggu kat luar. Tp aku nih kira special case la xpyh sbb anak aku ada sama, msk kang buat mengacau pulak. Memandangkan sakitnya bertambah kuat dan aku mmg xdpt tahan lg aku pn mintak la epidural,nasib baik ada epidural kalau x, xtahu la apa jd kat aku nih pengsan tahan sakit kot,heheee…. Nak bius epidural pn bukan senang kena Dr je yang buat agaknya sbb tu kat hospital government dkt Msia susah nak dpt selain harganya yg mmg mahal. Aku nih pn mmg bernasib baik ada cover insuran OSHC, kalau x nak pg check bulan2 dkt antenatal clinic pn aku xmampu, mau nya tak kalau nak maintain sekali check je charges nya AUD130. Maknanya kalau duit Msia tu dalam RM390 la. Lepas dpt epidural tu sakit rasa dah kurang byk,huhhh…. leganya rasa dan aku pulak dah terasa lali dan mengantuk. Masa tu aku rasa bukaan 5 cm kot, midwife pecahkan air kutuban dan dijangkakan pukul 7 mcm tu dah ble cuba utk bersalin. Sakit contraction aku dah xrasa sgt, hehee... berkat epidural td and aku pn ble la cuba utk meneran tanpa rasa sakit. Cuma masa hujung je br la terasa sakit yg amat sgt sbb epiduralnya dah kurang. Tapi memandangkan bahu baby stuck xdpt kuar so Dr decided nak guna bantuan vakum. Nak pasang vakum kat kepala baby tu pn punyalah sakit. Akhirnya setelah bertarung hampir 2jam lahirla baby boy seberat 3.3kg tepat jam 8.51pg Jumaat 17 august 2007. Kebetulan nasib aku mmg baik Dr ckp kalau baby lebih berat dari itu mmg kena go through caesarian .

Thursday, 16 August 2007

False alarm

Awal pg nih aku start turun tanda mukus darah,erkkk takutnya tp xsakit pn. Risau jgk aku mna la tau jd mcm dlu lg. Bila datang sakit time mlm, sampai hospital je tup..tup.. baby distress teros kena operation. Aku cuba2 la releks kan diri tp time nih la mcm2 risau dtg mula la rasa baby mcm kurang gerak la apa la,at last sampai ptg ada lg tanda yg sama,so amik langkah selamat cal je midwife tanya, then midwife suroh aku dtg check pukul 5ptg tu. Dkt hospital check heartbeat baby ok,xde tanda2 distress Alhamdulillah moga kejadian lama tidak berulang, then aku dibenar balik umah pukul 9mlm tu. Mlm tu aku start sakit, lama jgk la aku menahan sakitnya dari pukul 1 pg sampai pukul 7pg, kiranya dari satu jam sekali sakit sampai ke setiap 5 minit sekali sakit baru aku decided nak pegi hospital. Sampai dekat hospital midwife monitor heartbeat baby & contraction aku tp katanya baru 2cm,huhhh....lama lg la aku nak kena tahan sakit nih. Aku dah la jenis xtahan sakit. Tghari tu aku dipindah masuk ke labourroom kononnya mengikut perkiraan diaorang kalau setiap satu jam sekali ble buka 1cm so dlm hari nih jgk aku dijangka bersalin,hehee…..bes jgk la aku mendengarnya xtahan dah aku nak tgk anak yang sorang nih. Tapi yang aku paling besnya labourroom dia, rasa mcm bercuti kat hotel 5 bintang pulak. Punya la besar biliknya. Patutla aku tgk kat pintu dia tulis suite, wow…..rasa cam bercuti betul nih.hehee.. lengkap dengan bilik air, tv sumer. Agaknya sebab tu kot aku punya contraction pun dah ilang, dari 5 minit sekali yg tdnya teros jd sejam sekali,huarghaahaa dan kadang2 xsakit pun…Tp sayangnya excited sgt sampai lupa plak aku nak snap gambar sikit kat situ igt ble dok lama lg rupanya dah kena pindah masuk wad, sbb xbersalin lg,ahak2. Dr pn kompius asal xbersalin pn nak suroh balik ke nak overnight kan budak nih kat sni. Anak aku nih xnak kuar lg Dr, nak wat camna bes plak dia dok dlm perot mama dia nih. Memandangkan first pregnancy aku caesarian so aku xble diinduce takut kesan contraction pada parut lama, otherwise kalau apa2 risiko nnti aku kena caesarian pulak sekali lg. Emm vaginal birth after caesarian(VBAC) bkn sumer org berjaya byk yg berjaya tp byk jgk yg berisiko repeat caesarian, takutnya aku masa tu . Malam tu tidor la aku sensorang kat hospital tu, memandangkan anak aku xde org jaga so husband aku kena la jaga Maira kat umah, walaupun kalau nak diikutkan 2org dibenarkan untuk menemankan setiap patient. Walaupun wad nih kira kategori biasa tp standardnya mcm wad private kat Malaysia. Sumer org dok bilik sorang je aku tgk xde yg kongsi pun. Setiap bilik ada bilik air sendiri, sinki mandi baby sendiri dan setiap 2jam sekali akan ada org dtg tanya ‘ do you want any hot drink’ hehee… suka aku, order je la milo ke, teh ke apa nak minum. Tak cukup jgk kat pantry dia pun ada lg gi la buat sendiri. And midwife dia setiap sejam atau 2jam sekali akan datang check patientnya.