Wednesday, 15 February 2012

Tak layak

Tgh hari td lepas balik dari OT di Hospital Ampang sy terus ke Persatuan Dyleksia Malaysia, di Jalan Ampang Hilir. Ini hasil dari pembualan telefon sy semalam dgn seorg kwn yg jgk enrolled anaknya sekolah di sini. Katanya sekolah nih bgs, ada parent yg masuk sini anaknya dr x berapa ble bercakap dlm 3 bln dah ble bercakap, dan jgk hasil perkembangan memberansangkan anak kwn sy sendiri yang sebelum nih hyperaktif,ada sintom dyleksia dan autism, xble duduk diam dlm kelas, suka berlegar2 dan kini sudah masuk semula ke mainstream school.

Maka sy pun pg bertanyakan untuk enroll Emir jgk di situ. Lagipun kelasnya setiap ari sabtu shj selama 4jam. Sayangnya setelah hasil perbincangan dgn koordinator di situ, di dapati kepakarannya hanya mengajar anak2 dyleksia, kalo autism pun yg ada sintom dyleksia, dan pengajaran menggunakan oral. Bermakna kalo sebutannya xbetul dibetulkan melalui speech therapy, ada perkataan sikit bkn totally nonverbal. Kalau nonverbal dia pun xde idea nk buat camne. Sayu jer sy dengar, sy tahan diri, masuk je dlm kete teros sy menangis, sedih terkilannya rasa hati.

Then dlm sedih on the way balik tu,sy teringat dekat hospital td, masa dok menunggu Emir terapi, sy ada berbual dgn seorg ibu. Lebih kurang sebaya umur sy cuma muda 2thn dari sy. Anaknya seorg sebaya Zahirah, xble berjalan lg. Anaknya baru menjalani operation jantung berlubang, dan lepas tu dikesan ada GDD( global development delay). Maknanya byk segi kekurangan. Muda lg dia dah perlu berulang alik ke hospital utk anaknya, dr bekerja dia berhenti sbb nk jaga anaknya sendiri. Sedih je sy dengar rs kelamnya dunia, byk cabaran lg yg menanti. Sy patut bersyukur sekurang2nya, fizikal Emir xde masalah, mampu berjalan, berlari. Ada autism yg xmampu berjalan. Ya Allah berikanlah ketabahan kepada kami dgn dugaan mu ini.

Ada apa pada nama

Semalam sy dpt cal dr member lama Kak Dah, dulu ktorg sama2 join kelas ABA di Spices. Anaknya hiperaktif. Sejak dia dpt tahu anaknya ada hiperaktif (tak boleh duduk diam di dlm kelas) dan sedikit sintom autism, dia byk bwk anaknya jumpa ustaz2, org2 alim berubat, mtk air penawar, mtk tolong doakan anaknya etc. Kebanyakan ustaz yg dia jumpa, ada tekankan soal nama. Nama yg xsesuai juga byk memainkan peranan membentuk anak. Dan secara kebetulan nama anaknya jgk HAZIQ. Seigt sy masa sy mencari nama utk Haziq dahulu, sy memilih nama ini kerana maksudnya yg baik, salah satunya cerdik. Tanpa sy sedari ada jgk maksud lain yg xtertulis didalam buku tersebut iaitu aktif/cerdas.

Secara peribadi, so far sy dah jumpa 3-4 org anak2 autisme, hiperaktif yg mempunyai nama yg sama Haziq, dan Kak Dah ckp dia dah jumpa 7 org. Terlintas sejenak di kepala sy, dlm rancangan Tanya Ustaz yg penah di tonton,  ada seorg ustaz tu, sy xigt namanya juga ada menekankan soal nama. Cuma kesilapan kita walaupun maksudnya baik di dlm buku, tp ada juga sebaliknya yg kita xtahu. Antara nama yg ditekankan tidak sesuai diberikan kepada anak berdasarkan pengalamannya berjumpa ramai parent yg datang berubat dengannya utk anak mereka seakan mempunyai nama2 yg sekan sama dgn yg disenaraikan ini, iaitu Balqis, Qistina, Najwa, Zakuan, Batrisya, Erisha, Mazda etc. Kalau boleh tukar nama dan semudah itu mmg saya akan usahakan utk menukarnya di dalam surat beranak. So far cadangan ustaz tersebut cukup lah dengan memanggil anak2 itu dengan nama keduanya, atau panggilan lainnya dengan menghindarkan nama yg memudaratkan tu. So mulai skrg sy akan gunakan nama EMIR utk my son, no more Haziq wpn sy suka sgt dgn nama tu.
Emir sy pakaikan dengan bracelet silver tertera nama penuhnya dan no tel sy. Ini sebagai langkah keselamatan seandainya dia hilang dlm penjagaan sy. He's a good runner. Pantang sy bukak pintu kete kelam kabut dia nk kuar sblm driver. Memandangkan dia masih nonverbal maka cara ini difikirkan terbaik sehingga dia ble bercakap nnti, suggest dr OT nya.

Insiden kedua tentang nama jgk, semalam masa sy balik dari Gleaneagle, on the way jln kaki nak ke kereta, sy nampak dr jauh staff DBKL tengah menulis surat saman pada kete2 yg park tepi jln termasuk la kete sy dok area situ jgk. Kelam kabut la sy berjalan mendapatkan kete dgn kedua2 tangan dok pimpin Emir dan Zahirah. Parking Gleaneagle mmg mahal giler minimim parking atleast kalau sy kena buget utk 2jam sbb mengambil kira sesi terapi sejam dan ralat nk berjalan ke parking lg. Lgpun byk kete2 mmg parking area belakang hospital. Sampai je dekat2 kete terus sy ckp 'Pakcik tolong la jgn saman kete saya'. Masa tu org DBKL tu dkt  belakang kete saya, kete belakang dah kena pasnih kete haku la plak. Spontan org tu ckp.'Eehehh awak panggil sy pakcik, entah2 sy muda dr awak la'. Huhuu.....OH sorry yer time kasih. Pastu sy pun mati akal terlupa plak patut sy ckp encik,kuikuiii... Then dia tanya kete awak kat mna, haa ok la. Dia jerit kat kawan dia sy panggil dia pakcik, kwn2 nyer yg tgh sibuk menyaman tu gelak2 kat dia.Yahooo yg pasti haku terselamat dari kena saman,Alhamdulillah.

Tuesday, 7 February 2012

Promosi di KerawangEmas.com sedang berlangsung

Sedikit selitan promosi di KerawangEmas.com, Selected item barang kemas 916 sedang dijual pada harga RM168/g Tanpa Upah, totally byr harga emas shj, menarik?
 Item2 dibawah di antara dlm promosi.

1) Rantai Tangan 916 Design Melur. Berat yang ada 22.42g (RM3766), 19.28g (RM3239), 20.20g (RM3393)

Ciri keselamatan dengan kunci kotak dan rantai pada bahagian kunci.
Design yang lasak dan padu sesuai untuk pemakaian harian dan pelaburan. Design Melur padu yang tahan lasak untuk pemakaian harian. Sesuai untuk pajakan di bank.


 2) Rantai Tangan 916 Design Kait Dua. Berat 23.77g (RM3993)


Promosi RM168/g Tanpa Upah. Rantai tangan 916 Kaitdua.Design yang lebar dan padu.Panjang 18cm. Berat 23.77g
Mempunyai kunci kotak yang lebih selamat dan rantai.
Design yang kemas dan lebar.
 3) Bangle Kerawang. Berat 31.4g (RM5275)

Promosi RM168/g Tanpa Upah. Bangle 916 design kerawang.Berat= 31.4g. Ukur lilit 16 cm.
Design unik bunga kerawang. Design mewah dengan lebar 1.8cm.



4) Rantai Tangan 916 Design Pasir Padu. Berat 19.92g (RM3346)
Promosi RM168/g Tanpa Upah. Rantai tangan 916 design pasir padu. Panjang 20cm. Berat: 19.92g. Cangkuk kunci yang kukuh sesuai untuk pemakaian harian yang tahan lasak.

Mempunyai untaian berbentuk hati dan loceng tangan. Design pasir padu sesuai sebagai perhiasan dan pelaburan.

Untuk sesiapa yg berminat sila email ke chesoraya007@yahoo.com @call 019-2097719 (Intan). Stok dan tempoh terhad, sehingga promosi tamat.

Thursday, 19 January 2012

Serabut

Dah lama tak tulis entry, ntahla byk dah yg masuk draft tak publish tulis tak abih mood menulis dah ilang. Ari nih  try tulis lg harap2 sempat la nk publish sebelum mood sy tu ilang balik.Sedih sgt hari nih dah lama sy tak bergenang air mata mcm nih, ini bkn masalah rumah tangga (wpn perselisihan tu lumrah mesti ada) tp mengenangkan sang anak. Sian anak aku.Argghhhhhh aku benci autism. Autism mmg byk mengubah hidup kami.

 Kebelakangan nih level speech dia sgt menghantui sy. Saya takut. Sudah setahun speech terapi tp hasil masih tak memberansangkan. Duit pun dah byk habis. Tp sy ttp bersyukur, even hanya seorg yg bekerja di dlm keluarga, family kami masih boleh survive hidup di kl. Mungkin itu rezeki anak nih. Untuk mereka yg mempunyai anak2 normal tentu isu anak lambat bercakap langsung tak membimbangkan, org ckp tak ambik port pun. Dan kalian tak akan faham. Dulu masa bujang sy tak rasa pun utk bercakap sesuatu yg susah sbb sy x rasainya. Skrg ya!Bg anak autism, speech adalah satu isu besar, speech delay mmg akan berlaku (kecuali Aspeger )dan ada 30% autism yg non verbal :( Dan Haziq hingga saat nih masih belum bercakap, something meaningful even one word. Saya berhak utk risau dan patut risau.

Masa cuti sekolah yg lepas sy gunakan kesempatan tu utk mencuba perubatan biomedik. It cost me 1k+.Heavy metal detox yg menggunakan kaedah homopathy. Harapan sy agar dpt boost speechnya tp belum lg nampaknya. Perkembangan lain sumer memberansangkan, jika dlu Haziq sensitif dgn bunyi, xble dengar org menyangi, skrg dah ok, jika dlu dia takut apabila berayun di atas bola dan buaian, takut dgn movement skrg sumer dah ok, tp sayang level speechnya masih tak mengembirakan.Sian anak mama.

 Kadang2 sy terfikir kenapa ujian keibubapaan sy tak semudah org lain, sy seorg yg bercita2 tinggi, tekilan rasa hati bila tgk rakan2 secourse lain berpeluang mencapai cita2 masing2 hidup bekerjaya but not me. Autism mmg byk mengubah hidup sy, rutin sy perlu berulang alik ke hospital setiap minggu lebih dari sekali, hadir menemani sekolah anak, dan masa yg perlu diperuntukan utk mereka (kami tinggal berempat shj dirumah)  menjadikan sy terpisah dgn dunia luar. Keluhan parent senasib lain juga sama, kawan2 mula menjauh. Tp itu sy tak kisah, krn masa ni lah kita ble lihat true color each of our friends.

Yup xnak mengeluh lg harap dpt menghilangkan kekusutan skrg.
               Kambing Akikah Zahirah Raya Korban 2011. Ayer Hitam Johor.

   Lembu korban sy, hb, Haziq, Maira dan bersama 3 bhgn lagi ahli keluarga lain. Raya  Korban 2011
 My Little Oz & Big Oz
  Tak tahulah kenapa Haziq suka tul baring atas tu dan macam tu, risau pulak haku.
 Raya Puasa 2011, Kepala Batas Kedah.

Saturday, 15 October 2011

Terlepas lagi,uhh

Hari nih aku dlm mood tak best. Sungguh frust bila tetiba insting dtg nak mintak cikgu, then bila check balik kpli dan dpli, argghhh aku dah terlepas dateline 5 hari missed. Huwaaaa...takde rezeki ke aku yg bengong sgt lembap. Sungguh geram kalo jd camnih, nk dpt dah la susah tarikh pun susah nk alert. Mmg kalo nk fikir aku xdak idea camna nk urus anak2 dgn Haziq perlu terapi etc tp kalo fikir balik mmg sampai ke sudah tak kemana, dlm masa yg sama anak nh perlu byk kos utk terapi, kalo aku tak bertindak skrg mmg problem akan dtg kemudian. Mmg aku nekad apa2 hal aku hantar blk kg, atleast mama ngan ayah ble tgkkan, biarlah susah sekejap. Bodohnya aku sbb tolak tawaran dlu, biarlah kebodohan dlu jadi pengajaran kat aku. Mintak2 la ada rezeki kedua utk aku, Ya Allah.

Monday, 26 September 2011

Salam AidilFitri

Hehee....mak aihh dah nak abih Syawal baru nak ucap Salam AidilFitri :) Lama tak update byk benda kena setel akhir2 nih. Selepas berhempas pulas siap jgk kedai online brg kesihatan aku. Terima kasih pada Sifu, so harap2 rezeki aku melimpah ruah di sinilah. Buat masa skrg, inilah alternatif terbaik utk aku bekerja sambil urus anak walaupun semasa proses menyiapkan web ini anak2 agak terabai,ya ampun. Lepas nih dah ble relaks sikit. Selamat datang to my new home senang2 silalah lawat http://www.hiasanggun.com.    
*Perhatian: Sale promosi raya kini berakhir, harga baru di web di atas yer.

Saturday, 20 August 2011

?

Kejap je dah 20 hari Ramadhan berlalu. Tahun nih puasa rasa penat sikit. Dah biasa buka puasa awal tup2 thn nih lewat, mmg terasa sgt. Raya? Kenapa sy tak excited nak raya, masa zaman bdk2 dlu je excited tahap gaban ,huahahaa..
    Baru2 nih sy ada contact member lama masa kelas ABA dulu. Saje tanya perkembangan anaknya macmmna. Terkejut bila tahu improvement positif anaknya yg drastik, tak sangka dalam masa beberapa bulan EIP dah byk kelemahan ank autistik yg boleh diperbaiki, Bg hope dkt sy, dan parents autistik diluar sna juga, yg benda nih posible. Kelemahan nih posible untuk diubah walaupun laluannya panjang:( Anaknya sebaya Haziq juga, masuk intervention program dgn kelemahan yg mcm ank autistic lain. Kurang eye contact, tak pandai pointing, tak pandai imitasi, tak pandai main bersama org lain, tak faham arahan, dan yg penting sekali takde speech. Skrg semua tu dh overcome dan dah boleh bercakap byk word. Ble panggil ayah, mama, kakak, etc (nampak mudah kan, sbb zahirah umor sethn pun dh ada word nih, tp inilah apa yg  autistic kids have to struggle with except those with aspergers syndrom)
     Sy tumpang gembira dgn berita tu, sedikit sebyk memberikn sy hope, benda nih possible utk diubah. Itu yg penting. Tp jauh di sudut hati sy frust jgk sbb level tu tak sampai lg pada Haziq. Walaupun byk improvement nya sy dah nampak, tp speechnya masih blom di situ. Arahan pn masih byk yg tak difahami. Sy tahu betapa sukarnya ST, OT dan cikgu sekolahnya nk mengajar anak ini bila level pemahamannya masih blom di situ. Sian anak aku:( I hate autisme. Kalau sy kaya raya mmg sy hantar Haziq ke early intervention yg sama dgn member tu di Bangsar. Tp sy tak mampu, mesti ramai yg terkejut kalau sy ckp yurannya RM10,000 sebulan. Seperti yg kita maklum, early intervention nih sesuatu yg kita kena konsisten, sebulan dua tak menjamin hasil. Perlu konsisten walaupun dah nampak hasil. Member sy mmg nekad buat loan utk byr yuran sek anak. 35 jam seminggu mna nak ble compare result dengan sek Haziq yg 3jam seminggu,huhuu tahu takpe. Haku lar yg perlu rajin buat sendiri di umh. Betapa autisme ini telah mengubah my entire life and family.
       



Sunday, 14 August 2011

Promosi Raya

Salam Ramadhan...Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan blogger, semoga ramadhan kita tahun ini lebih baik pengisian dari sebelumnya. Bonus untuk rakan blogger, promosi sepanjang ramadhan sahaja. Memandangkan saya sudah menjadi agen sah untuk beberapa produk kesihatan, maka saya nak jual harga diskaun bersempena pra pembukaan website barangan kesihatan saya ( akan dimaklumkan sikit masa lagi). Harga nih anda takkan dapat di mana-mana dan hanya sah sepanjang bulan puasa sahaja. Enjoy-----<@

1. Produk penjagaan muka yg tengah top sekarang EUMORA
Sabun nih mmg ble tahan harganya tapi testimoni byk bagi feed back tip top. Di dalam gambar dia atas adalah 3x25g.
Harga untuk 1x25g
Harga biasa:RM95 each
Harga Offer: RM75 each atau 2x25g RM140 (Jimat sehingga RM50)

2. Makanan penguat minda EXAMO CKM500

Harga biasa: RM56 (Semenanjung Malaysia), RM 61 (Sabah Sarawak)
Harga Offer: RM46 Semua (Jimat sehingga RM15)

3.Examo Econopack
Pek economi mengandungi examo CKM500 dan examo CKM500 plus. Pemakanan homopathy untuk mencerdaskan minda.
Harga biasa: RM80 (Semenanjung Malaysia), RM88 (Sabah Sarawak)
Harga Offer :RM70 Semua (Jimat sehingga RM18)

4. Glutacol Collagen

Minuman collagen glutacol yg sedang hangat di pasaran untuk mendapatkan kulit yg lebih anjal dan gebu.
Harga biasa: RM70
Harga offer: RM62 (Jimat RM 8)

5.  Cocoa Collagen Powder Plus
Lagi satu minuman kesihatan yg banyak mendapat feed back bagus di board forum. Rasa yg enak dan harga mampu mantain, untuk mengembalikan keremajaan wanita yang yg mula mengalami penenuaan bermula umur 25thn.
Harga biasa: RM59.90
Harga offer: RM 49.90 (Jimat RM10)
p/s: Sila tambah RM6 untuk pos laju di dalam Semenanjung Malaysia dan RM10 untuk pos laju di Sabah dan Sarawak, TQ. Sila email chesoraya007@yahoo.com untuk sebarang order.
p/s: Cash on delivery untuk pembelian RM100 ke atas sekitar Wangsa Maju, Setapak dan Ampang.

Jika anda pengguna produk ini rebutlah peluang harga runtuh ini, regular customer akan menerima potongan harga istimewa di dalam website baru nanti, Selamat berpuasa.






Friday, 29 July 2011

Brushing

Saya dah mula buat brushing ni pada Haziq sejak di mula ikut terapi OT di Gleaneagle. Maknanya since Mac tahun nih hingga sekarang dekat 5 bulan. First time bila Ot nya tunjukkan saya berus nih saya cakap ooo yang dok basuh baju tu ker,huhuu.....Sekali bila pegang ops tak sama la. Berus nih bulunya lembut tak keras macam yg basuh baju tu. Gunanya untuk deep pressure bila kita berus pada badan anak, tak sakit. Tak ada saintific proof ttg nih tapi dalam OT ia dipercayai dapat membantu dalam byk segi dari sudut sensory la. Sbb byk problem bermula dari sensory samada over sensitif atau kurang sensitif. Targetnya kita nak perbaiki sensory nih spy level yg just nice.

Minggu awal start brushing dulu saya kena buat brushing setiap 2 jam,huhuu....selalulah terkandas asyik terlupa ja, lepas tu ble di jarakkan setiap 4 jam tp saya still rasa susah juga nak konsisten. Tapi sekarang saya buat 2 kali sehari pagi lepas mandi dan petang lepas mandi sebelum malam la, yang tu saya ble konsisten. Perubahan Haziq sekarang mmg ketara. Tapi saya tak ble nak cakap semuanya dari brushing sbb terapi2 lain juga byk membantu, sekolah, OT, ST dan casein free nya. Tp saya yakin brushing ada menyumbang untuk ini.  Saya pernah terbaca somewhere tak sure kat mna, kenapa kuda juga buat brushing. Selain untuk mencantikkan bulunya, faktor ini adalah salah satu. Kuda tu jadi lebih jinak dan mudah di kontrol. Memula try brushing, Haziq xnak geli, tapi lama2 dia dah ok. Teknik brushing juga ble di apply bila mereka nih overwheelming., Kata OT nya bila aktiviti duduk di atas bola besar, Haziq akan takut bila bola sedikit bergerak dia nangis then bila OT try buat brushing dapat kurangkan takut dan anxiety dia waktu tu dan stop menangis. Brushing cukup mudah tapi seeloknya sila dapatkan nasihat OT anda dahulu sebelum di apply untuk penjelasan yg lebih jelas. Brushing tak menyakitkan. Hendaklah dilakukan dalam satu arah dan hanya di bahagian belakang badan, kaki (depan dan belakang), tangan (depan dan belakang). Elakkan di bahagian depan badan (area perut, dada dan etc) kerana boleh menyebabkan budak menjadi hyperaktif. Boleh lakukan brushing pada umur 2 thn ke atas. Cara brushing cukup mudah mulakan pada bahagian badan (seeloknya biarkan anak berpakaian diapers sahaja spy kesan yg lebih berkesan) dengan meletakkan berus katakan dari belakang badan di bahu dan leretkan berus (hingga bulu berus mendatar/flat  maka kesan deep pressure ini akan terasa) hingga ke pinggang. Lakukan sebanyak 10 kali setiap bahagian.



                                 Saya nak main jugak
                                 Little oz dah besar la.
           Saya dah tak takut air la-----di pantai Bagan Lalang, dah happening pantai nih skrg.